Sunday, February 27, 2011

History Of bGb Perlis - Ultras Perlis

Idea mewujudkan Ultras Perlis bermula apabila melihat perkembangan yang memberansangkan dari Ultras Malaya. Ditambah pula dengan menyusulnya ultras-ultras negeri seperti Silver State Ultras, Ultras Kedah, The Red Mania, Ultras Taming Sari dan lain-lain.
Maka disini segalanya bermula

Orang terawal yang terlibat dalam membuka empayar Ultras Perlis adalah fesal, syahmi dan anuar. Mereka saling bertukar pendapat melalui pesbuk dan dari situ mereka mula mencari sokongan. Hasil yang positif! Cadangan membuka empayar Ultras Perlis diterima baik oleh penyokong fanatik Perlis. Dari hari ke sehari komuniti semakin bertambah. Dari situ masing-masing mengenali antara satu sama lain. Pesbuk menjadi medium utama

Pada mulanya Ultras Perlis bergerak atas nama Singa Utara Die Hard Fans(SUDHF). Dalam pergerakan ini sedikit demi sedikit budaya ultras diterapkan.

Langkah Kanan
Kepulangan Afiq Rudzi dari New Zealand bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Dengan kepulangan afiq pergerakan Ultras Perlis semakin mantap. Banyak perkara dikongsikan. Komuniti semakin bersemangat dan lebih memahami apa itu ultras

Langkah ke bukit jalil final AFF Suzuki Cup 2010 juga menjadi serajah. Selepas tamat perlawanan, di perkarangan stadium leader Ultras Malaya telah mengadakan briefing dengan kami yang masih baru. Banyak input yang diberikan. Briefing diakhiri dengan chant terima kasih perlis. tq Ultras Malaya. salute !

to be continue

Logo BGB Perlis