Thursday, March 10, 2011

bGb Perlis bersama Ultras Malaya - Catatan Pengembaraan Part 2

sambungan dari part1


Masa pantas berlalu.Lebih kurang jam 2.00 petang kami bergerak ke tempat di mana Azman Aziz,salah seorang krew BGB Lembah Klang serta seorang rakannya menunggu seterusnya kami bergerak terus ke Shah Alam.Walaupun hari itu hari bekerja serta pada jam waktu bekerja,namun kesesakan lalu-lintas tetap ada.Alhamdulillah,perjalanan kami selamat dan kami tiba di kawasan letak kereta pasaraya Giant Shah Alam pada jam 4.00 petang

Seperkara yang menarik,kami adalah kelompok ultras terawal tiba di sana.Lebih awal dari UltraSel,iaitu ultras yang menjadi tuan rumah venue Stadium Shah Alam.Sementara menunggu ultras-ultras lain tiba,kami sempat melepak seketika di pasaraya Giant Shah Alam sambil minum-minum.Setelah agak lama berada di sana,kami mengambil keputusan untuk kembali ke perkarangan kawasan letak kereta.Tidak berapa lama kemudian,tibalah beberapa krew UltraSel.Terdapat juga 2 orang rakan krew UltraSel warga Afrika datang untuk menyokong Malaysia serta memakai jersi kebanggaan Malaysia.Ini juga adalah cabaran buat warga Malaysia terutama pencacai-pencacai EPL.Tidak malukah kalian kepada mereka kerana mereka juga beraksi bersama Ultras Malaya?Apakah yang kalian terlalu sanjung sangat pada EPL dan memandang rendah keupayaan anak Malaysia?

Petang semakin beransur-ansur kelam.Kami mula bergerak ke perkarangan Stadium Shah Alam.Kelihatan banyak gerai-gerai menjual cenderahati berkaitan Malaysia.Ada juga gerai yang dijaga oleh manggis yang manis di pandang.Harga pula berpatutan.Ada di kalangan krew BGB mengambil kesempatan untuk membeli mafla Malaysia di sana.Banyak juga sesi bergambar krew BGB di luar perkarangan stadium.Sementara menanti waktu yang sesuai untuk masuk ke dalam stadium,kami berhimpun bersama ultras-ultras lain.Berbual mesra bertanya khabar serta berganding bahu menguruskan bendera Malaysia bersaiz besar yang akan di gunakan di dalam stadium

Lebih kurang jam 7.00 petang setelah berjaya mengangkat naik bendera Malaysia bersaiz besar,kami mula masuk ke stadium.Setelah berada di dalam stadium,krew-krew Ultras Malaya bertungkus-lumus memasang banner-banner,menyusun kedudukan bendera besar Malaysia serta jersi besar Malaysia.Menjadi kebanggaan apabila bendera Perlis di gantung bersama banner ultras-ultras lain.Panji-panji kemegahan BGB sebanyak 2 buah juga di bawa masuk


Pada jam lebih kurang 8.00 malam,atas arahan capo-capo yang berpengalaman formasi kedudukan ultras-ultras di susun sebaik mungkin dan bermulalah sesi chant.Sayangnya Fesal Paduka Raja Bersiong terlupa untuk membawa ‘menatang besaq sora’@hailer milik BGB.Smokebomb juga digunakan,yang mengeluarkan asap berwarna biru yang menaikkan semangat krew-krew ultras untuk terus memberi chant yang bersemangat buat wira-wira Malaysia.Agak menyedihkan apabila panji-panji sempat di kibarkan selama lebih kurang 10-15 minit sahaja setelah menerima arahan dari pihak yang berkaitan agar tidak mengibar panji-panji.Sesi chant berterusan hingga tamat separuh masa pertama.Ketika rehat separuh masa,berlangsungnya acara Battle Chant antara ultras-ultras.Namun BGB tidak terlibat kerana kami masih terlalu baru,masa rehat kami gunakan untuk bergambar di dalam stadium

Masuknya separuh masa kedua permainan,sesi chant bersambung semula.Krew-krew sangat bersemangat chant bersama-sama ultras-ultras lain.Kesudahan perlawanan ini,Malaysia mengalahkan Pakistan 2-0.Rasa bangga juga apabila pemain meraikan gol dan kemenangan ke arah Ultras Malaya.Ini menandakan bahawasanya pemain-pemain Malaysia menghargai sokongan padu Ultras Malaya.Di khabarkan juga jurulatih Pakistan gerun dengan sokongan padu tanpa henti dari Ultras Malaya

Sesudah tamatnya perlawanan,kami tidak terus balik berehat.Sebaliknya kami berkomplot dengan Ultras Malaya di sebuah restoran mapley.Servis petugas restoran tersebut kurang memuaskan,mungkin agak pening kepala untuk melayan kehadiran krew-krew Ultras Malaya yang ramai,hingga mengundang kemarahan Pablo Tiger@Gozal kerana kelembapan servis.Tersentak juga semua krew Ultras Malaya,lebih-lebih lagi Anuar Che Ahmad yang duduk sangat dekat dengan Gozal.Pada sesi komplot itu juga,Anuar Che Ahmad dan Fesal Paduka Raja Bersiong di panggil oleh Gozal untuk berbincang mengenai penyertaan Futsal Ultras Malaya edisi ke-2 yang akan berlangsung di Kelantan pada bulan Mei ini

Setelah agak lama berkomplot,krew BGB mengambil keputusan untuk balik berehat.Semua krew BGB bergerak mengikut kereta Azman Aziz ke rumah Azman Aziz.Namun setelah tiba di rumah Azman Aziz hanya Fesal Paduka Raja Bersiong,Cannavaro Hisham,Aziel Coco serta Pique De Cecsa yang berehat di sana manakala krew BGB yang lain membawa haluan masing-masing.Di sana kami sempat melihat video yang di rakam Pique De Cecsa dan berehat seketika sebelum kembali ke tanahair Perlis tercinta.
Setelah masing-masing bangun dari tidur dan berkemas,lebih kurang jam 9.00 pagi Azman Aziz membawa kami ke stesen bas Jalan Duta.Kami menaiki bas yang bergerak pada jam 10.30 pagi,namun bas bergerak keluar stesen pada jam 11.00 pagi selepas pemeriksaan tiket oleh pegawai JPJ berikutan ada masalah berkaitan nombor tempat duduk di dalam bas.Apabila bas sudah bergerak kami mengambil peluang untuk tidur.Walaupun di dalam bas menayangkan filem Rambo namun kami sudah tidak peduli kerana apa yang lebih penting,kami mahu melepaskan kepenatan dengan tidur

Bas berhenti seketika di sebuah restoran mamak di Bidor,Perak.Kami mengambil kesempatan untuk mengisi perut di samping sempat juga bergambar di sana.Setelah 30 minit berhenti,bas kembali bergerak.Kami juga menyambung kembali rehat di dalam bas.Perjalanan bas lebih panjang dari waktu yang sepatutnya kerana kesilapan maklumat destinasi yang di beri oleh penumpang.Kesudahannya bas kami tiba tanahair Perlis lewat sejam dari sepatutnya,kami tiba pada jam 7.00 petang dalam keadaan cuaca hujan lebat di bumi Perlis.Setibanya di bumi Perlis,Aziel Coco menunggu rakan mengambilnya manakala Cannavaro Hisham,Pique De Cecsa dan Fesal Paduka Raja Bersiong menunggu Mohd Shari Saidin.Setelah Mohd Shari Saidin tiba,kami bergerak ke stesen keretapi Arau untuk menghantar Fesal Paduka Raja Bersiong kembali ke skuternya manakala krew-krew lain kembali ke haluan masing-masing

Berakhirnya pengembaraan yang amat bermakna,komplot pertama BGB bersama Ultras Malaya.Diharapkan dengan komplot pertama kali itu,akan adanya komplot-komplot seterusnya.SESUNGGUHNYA SEMUA ULTRAS DI MALAYSIA ADALAH BERSAUDARA,JUSTERU USAH KITA MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN KITA.BERSAMA SELAMANYA !

Tamat

4 comments:

  1. bersedia utk Malaysia lwn chelsea

    ReplyDelete
  2. bersama selamanya !

    -WCN 91 -

    ReplyDelete