Wednesday, March 30, 2011

FAQ Brigate Gialloblu; Frequently Asked Questions


"Brigate Gialloblu. Logo cantik. Memang smart. Tapi apa kegajahnya maksud Brigate Gialloblu tu?"

"Brigate Gialloblu. Ni macam mana nak sebut ni?Mau tergeliat lidah nk sebut"

Admin, boleh tumpang tanya x?Brigate Gialloblu ni apa maksud dia?

"Breegate Gearloblu. Tergeliat lidah ak woi. Awat x boh nama bahasa omputih. Melayu ka?"

Pernyataan-pernyataan di atas adalah contoh pernyataan lazim yang sangat popular bila mana bercakap mengenai Brigate Gialloblu. Tidak kiralah samada dilafazkan menerusi mulut ketika perbualan, ataupun perbualan secara maya menerusi facebook dan sebagainya, tetap pattern-pattern soalan sebeginilah yang akan terpacul. Justeru itu, pihak admin Blog Rasmi Brigate Gialloblu telah mengambil kata sepakat, setelah bersidang selama 4 jam bertempat di Hotel Brasmana Kuala Perlis, untuk mewujudkan satu ruang khas bagi menjawap persoalan-persoalan misteri tersebut.

Bukannya malas hendak menjawap satu persatu, tapi agak berbuih jugalah mulut ni. Jadi untuk tidak membazirkan air liur yang lagi besar pahalanya jika diserikan dengan lafaz-lafaz zikir mahupun bacaan ayat suci Al-Quran, posting kali ini akan cuba merungkai misteri berkaitan nama Brigate Gialloblu ini. Semoga terhibur~!

MAKSUD "BRIGATE GIALLOBLU"

Brigate Gialloblu adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Itali yang membawa maksud Brigade Kuning Biru dalam Bahasa Malaysia tercinta kita. Bagi yang kelihatan bodoh bila bercakap dalam Bahasa Malaysia, Brigade Kuning Biru boleh diterjemahkan sebagai Yellow Blue Brigades.

SEBUTAN "BRIGATE GIALLOBLU"

Cara sebutan yang betul bagi perkataan Brigate Gialloblu tidaklah sesukar menyebut perkataan bongo seperti Aziz Sattar. Ianya adalah semudah "Bree-gatey Jialll-oblu". Bri disebut sedikit panjang "Bree", Gate pula disebut "Gatey" atau dalam dialect Geng-Geng Kak Limah bila mana menyebut "Gatal = Gatey". Giallo pula disebut "Jialllo", dengan lidah diangkat ke atas dengan kacaknya ke lelangit mulut untuk mendapatkan slang Italiano sebelah Bukit Keteri dan akhir sekali Blu disebut dengan mudahnya sebab kita semua memang suka blue filem.

MACAM CILAKA SUSAH GILER NAK SEBUT!

Sebut sahaja BGB Perlis. Kami tak marah.

SEBAB APA PILIH NAMA DALAM BAHASA MAHKLUK ASING?

Brigate Gialloblu Perlis adalah sebuah gerakan yang memeluk ajaran ULTRAS nun dari tanah yang menghasilkan Spagheti, Meatball, Pizza mahupun Gelato. Justeru itu, adalah gila untuk kami menggunakan nama-nama dalam bahasa Jepun, Inggeris mahupun French misalannya sebagai nama group. Pada hemat kami, pemilihan nama seharusnya menunjukkan identiti serta pengaruh yang mempengaruhi pergerakan kumpulan. Dan suka untuk kami maklumkan, gerakan kami banyak dipengaruhi oleh idea-idea dari gerakan-gerakan yang berpusat dari Semenanjung Tanah Itali.

KITA NI ORANG MELAYU, KAN LAGI BAIK GUNA NAMA MELAYU, BARU PATRIOTIK, KATA ULTRAS NI PATRIOTIK KAN?

Seperti yang kami jelaskan, pemilihan nama kami adalah tidak lebih dari menunjukan cara pembawaan gerakan kumpulan kami yang bercirikan ULTRAS. Ianya juga boleh disifatkan sebagai satu tribute kepada tempat yang mengangkat martabat fahaman ULTRAS ini. Atas sebab itulah kami menggunakan bahasa asli pelopor-pelopor awal gerakan ini di Milan, Rome mahupun Verona, iaitu Bahasa Itali.

KALAU MACAM TU BAIK LETAK NAMA ULTRAS PERLIS JER, TAK GITU?

Perlu diingatkan bahawa tidak semua kumpulan-kumpulan ULTRAS menggunakan nama ULTRAS dalam membentuk nama kumpulan mereka. Jika ingin diceritakan secara terperinci mengenai trend pemilihan nama-nama kumpulan ULTRAS di Erpoah sejak dari era 60-an sehingga sekarang, mungkin sampai next friendly game Malaysia pun belum tentu habis.

Secara ringkasnya, kumpulan-kumpulan ULTRAS yang tidak menggunakan nama ULTRAS dalam membentuk nama kumpulan mereka lazimnya memilih nama stand atau curva yang mereka duduki, nama yang bercirikan asal usul kelab dan kawasan perumahan, nama-nama pergerakan yang berasaskan kententeraan dan banyak lagi.

Brigate yang dipilih didalam nama pergerakan ULTRAS Perlis boleh dikategorikan dalam nama-nama yang berasaskan kententeraan dan digabung dengan ciri-ciri pasukan; Biru Kuning warna jersi kebanggaan anak-anak Perlis, juga warna rasmi bendera Negeri Perlis. Justeru itu, bila digabungkan dua element ini, terbentuklah Brigate Gialloblu.

Sebagai contoh kumpulan-kumpulan ULTRAS lain yang turut menggunakan nama Brigate sebagai nama kumpulan mereka adalah Brigate Rossonere, sub-group ULTRAS kepada AC Milan, Brigade Sud Nice yang sinonim dengan kelab Liga Perancis, Nice, Brigate Neroazzure Atalanta dari kelab Serie B, Atalanta serta sebuah lagi kelab liga bawahan Italy, Civitanovese dengan Le Brigate Rossoblu

Brigate Rossonere; 1979..San Siro pun masih belum berbumbung

Brigade Sud Nice; tahun 1988

Brigate Neroazzure Atalanta

Le Brigate Rossoblu; Ultras Civitanovese


P/S: Soalan tambahan akan di update dari semasa ke semasa. Jika ada lagi soalan-soalan misteri yang merunsingkan dan memerlukan khidmat nasihat serta rujukan pihak kami, sila emailkan kepada TanyalahUstaz@Tv9.com.my. Tapi kalau susah-susah sangat, layan soalan dekat ruangan komen pun layaaan~!

5 comments:

  1. oOoOoOoOoOoOoOoOoOoOoOoOoOo~
    pahe dah~
    ~CH80~

    ReplyDelete
  2. like dis info.... the real football factory

    ReplyDelete
  3. salam tahniah... saya mmng sokong penubuhan geng2 penyokong tegar pasukan bola ni... cuma yg menjadi perhatian saya ialah untuk golongan lama yg sebelum ini telah menjadi penyokong tegar perlis.. adakah mereka pham dengan nama brigate ni.. kalu boleh biar lah kita ada banner dalam b.melayu.. contoh... briged biru kuning... mungkin depa pun akan memberi sumbangan dari segenap segi... my 2 kupang...

    ReplyDelete
  4. Salam dan terima kasih atas cadangan tersebut Anonymus 7:15..kami akan cuba beri perhatian kpd isu ni..kalau boleh, sama-sama kita org Perlis x pyah sgt la nk kata sapa lg tegar sapa lembik sapa lg lama sapa baru berhingus..kita semua sokong 1 pasukan dari negeri tanah tumpahnya darah kita..ni lebih dari cukup utk menyatukan kita semua..

    kalau nk bercakap mengenai golongan2 lama yg sblum ni setia mengikuti perkembangan dan jatuh bangun pasukan kita, harap mereka dapat sertai kami di Stadium Utama Negeri utk baki perlawanan-perlawanan yang akan dtg. Terutamanya perlawanan bulan depan nnt. Sebab apa, diantara kami yg muda-muda berhingus dlm kumpulan ni, ada 2 3 org lama yg kalau kami sbut nama mereka pasti 1 Perlis kenai depa ni..

    Jd kalau mereka ni boleh faham, terima dan turut serta dalam pergerakan ini, tiada sebab utk 'golongan lama' utk bersama-sama kami bg memberikan sokongan kpd pasukan kesayangan kita..

    ReplyDelete