Wednesday, March 9, 2011

Komplot Pertama BGB bersama Ultras Malaya - Catatan Pengembaraan Part 1



Pada tanggal 22 Februari 2011,tercatat sejarah buat BGB apabila 8 krew BGB yang berpengkalan di Perlis bergerak dengan inisiatif sendiri ke Shah Alam untuk memberi sokongan buat skuad Malaysia yang menentang Pakistan dalam perlawanan pra-olimpik 2012.4 krew menaiki keretapi dari stesen keretapi Arau iaitu Fesal Paduka Raja Bersiong,Cannavaro Hisham,Pique De Cecsa dan Aziel Coco manakala Anuar Che Ahmad,Aiezat Putera,Kyerol Fiziey dan Mohd Hazwan bergerak dalam sebuah kereta.Kisah ini akan menceritakan pengalaman pengembaraan krew BGB melalui keretapi

Kami berkumpul di stesen keretapi Arau lebih kurang pada jam 6.45 petang.Fesal Paduka Raja Bersiong bergerak ke sana dengan skuternya,Aziel Coco pula di hantar oleh rakannya sementara Cannavaro Hisham dan Pique De Cecsa di hantar oleh seorang lagi krew BGB iaitu Mohd Shari Saidin.Sementara menantikan ketibaan keretapi,kami sempat bergambar buat seketika.Lebih kurang jam 7.00 petang keretapi yang dinantikan sudah tiba,kami bergegas menaiki gerabak.Stesen yang kami ingin tuju,Tanjung Malim kerana ada krew BGB yang menetap di sana akan mengambil kami seterusnya bergerak dari sana ke venue perlawanan

Pelbagai gelagat dan peristiwa berlaku ketika di dalam keretapi.Salah satunya manggis-manggis dan mamat-mamat telah duduk di kerusi kami,sedangkan manggis-manggis itu sepatutnya berada di gerabak belakang.Dengan bantuan krew keretapi yang bertugas serta teguran secara berbudi-bahasa oleh Aziel Coco,akhirnya kami memperoleh tempat duduk tersebut.Selain itu,pintu gerabak yang rosak menyebabkan rehat kami tidak tenteram.Ini adalah kerana pintu itu sentiasa di buka dan di tutup kerana ada penumpang yang berdiri di ruang antara gerabak untuk merokok,maka pintu perlu di tutup untuk menghalang asap rokok masuk ke gerabak.Agak berat juga untuk menarik dan menolak pintu gerabak tersebut
Perjalanan agak panjang serta banyak kali berhenti di tiap stesen yang mempunyai penumpang.Dalam tempoh perjalanan itu,kami cuba juga berehat semaksima mungkin agar kami mendapat tenaga yang optimum untuk digunakan ketika berada di dalam Stadium Shah Alam nanti

Sedar tak sedar,masa berlalu pantas dan sudah pun masuk ke tarikh 23 Februari iaitu tarikh perlawanan Malaysia melawan Pakistan.Keretapi yang kami naiki akhirnya tiba ke destinasi kami iaitu Tanjung Malim pada jam 4.00 pagi.Setibanya kami di sana,kami menaiki kereta krew BGB yang menetap dan bekerja di sana iaitu Hati Waja seterusnya kami bergerak ke mapley terdekat untuk mengisi perut.Kedengaran lagu-lagu Tamil dimainkan oleh mapley itu
Setelah kami mendapat isyarat dari krew BGB yang bergerak melalui kereta sudah tiba,kami pun bergegas bergerak di tempat mereka menunggu seterusnya bergerak ke rumah sewa Hati Waja untuk berehat seketika.Di rumah sewa Hati Waja,kami tidak terus tidur sebaliknya sempat menonton siaran langsung UEFA Champions League antara Olympic Lyon menentang Real Madrid

Setelah puas merehatkan diri serta semua krew sudah pun selesai mandi,kami bersiap mengemaskan beg dan bersedia untuk bergerak ke Lembah Klang.Namun seperti biasa,sebelum bergerak kami sempat bergambar di hadapan rumah sewa Hati Waja.Lebih kurang jam 10.00 pagi kami bergerak dan singgah sebentar di sebuah restoran berhampiran UPSI untuk mengisi perut.Dalam waktu mengisi perut itu,sempat juga kami mencuci-mata melihat manggis-manggis bakal guru-guru yang akan mendidik anak bangsa.

Pada jam 11.00 pagi,kami mula bergerak ke Lembah Klang.Namun kami singgah ke Kepong terlebih dahulu untuk mengunjungi adik Anuar Che Ahmad yang terlantar sakit.Kunjungan itu sesungguhnya membuktikan semangat persaudaraan krew BGB bukan hanya sekadar sekitar perkara berkaitan bolasepak sahaja malahan turut melibatkan perkara melibatkan sokongan moral di luar bidang bolasepak.Di sana sempat juga krew-krew mengemaskini Facebook,melihat perkembangan terkini di halaman Facebook BGB serta aktiviti bergambar

Akan bersambung part seterusnya - kredit to Fesal Paduka Raja Bersiong

8 comments:

  1. wow ! kelia..thums up !

    ReplyDelete
  2. kelia......

    -PDC-

    ReplyDelete
  3. hidup mati seorang malaysia~
    CH11~

    ReplyDelete
  4. Keranamu Hatiku Malaysia..!!

    ReplyDelete
  5. hidup matiku Malaysia dan Perlis

    ReplyDelete
  6. hrp ultras perlis trs maju

    ReplyDelete
  7. buh gambiaq nek keta api..bru true!!!
    hehe

    ReplyDelete