Tuesday, March 15, 2011

The Making of Banners (Part 1)

We'll be coming,
We'll be coming,
We'll be coming down the road,
When you hear the noise of Brigate Gialloblu,
We'll be coming down the road!


Seorang bijak pandai dari negara China pernah berkata, " The journey of a thousand miles begins with one step". Terjemahan secara kasarnya ke dalam bahasa ibunda bolehlah disebut sebagai 'sebuah perjalanan yang hebat, mencabar dan penuh berliku ranjau berduri, semuanya dimulai dengan satu langkah pertama'. Begitu jugalah dengan perjalanan Ultras Perlis; Brigate Gialloblu (BGB) dalam arena per-ULTRAS-an.

Langkahan bermula dari tanggal 11 Mac 2010, hari penghulu segala hari; Jumaat yang lalu, di sebuah lokasi rahsia yang telah menemukan semula 4 orang ahli BGB Perlis yang berkelana 'jauh' dari negeri yang permai lagi mempesona ini dengan 2 orang ahli BGB Cawangan Ibu Pejabat di sebuah Komplot Nasi Kandar. Komplot banyak berkisar disekeliling hala tuju kumpulan, barang keperluan kumpulan, stickers, manggis, Azman Aziz serta isu penting di kala itu; banner.

6 adik-beradik bukan jahanam; tambah Mat Pala yang waktu ini sedang memasak


Sebagai sebuah group ULTRAS yang berdaftar dibawah Pertubuhan Ultras se-Malaya, adalah menjadi kewajipan kepada BGB Perlis untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah banner rasmi kumpulan yang mana fungsi utamanya adalah sebagai satu medium untuk memperkenalkan lagi group ini kepada masyarakat umum. Sebagai contoh, bila mana banner rasmi ini dipamerkan di Curva; kawasan tempat duduk group ULTRAS di stadium, ianya menjadi satu signal bahawa group ULTRAS ini hadir ke stadium untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Selain daripada itu, melalui banner rasmi ini juga, penyokong- penyokong biasa yang lain yang mempunyai kemahiran membaca akan mampu membaca dan menyebut nama group ULTRAS ini dengan betul. Sehebat Coco menyebut nama penuh BGB kepada Pak Jalal dalam slang Italiano pekat sebelah Bukit Keteri.

Langkah pertama pada pagi yang mulia itu dimulai dengan proses sumbang saran atau dalam dialect Kuala Lumpur, brainstorming, mengenai design banner pilihan hati idaman kalbu. Masing-masing memberikan idea-idea hebat yang cukup bernas, dan hasilnya, kata sepakat mengenai design dan jumlah banner yang akan dihasilkan telah dicapai. Menurut komplot ini, 3 buah banner akan dihasilkan yang mana 1 banner akan menjadi banner utama, bapa kepada segala banner BGB Perlis dengan ukuran 2x10m, banner kedua dengan ukuran 2x5m serta ketiga, banner logo BGB Perlis dengan ukuran mengikut kesukaan hati para pereka banner. Projek yang dianggarkan menelan belanja sebanyak rm135 juta ini dijadualkan siap sebelum minggu hadapan dengan sasaran penggunaan maksimum sekitar bulan April nanti.

Pelan pembangunan masyarakat BGB Perlis



Pelan cintai no 12


Akan bersambung....




5 comments:

  1. Fesal Paduka Raja BersiongMarch 15, 2011 at 3:37 AM

    ayat2 yg menyentuh kalbu,menyebabkan perot senak berkali-kali..hohoho..tik sangka banner hampir siap..

    ReplyDelete
  2. haha pekat sebelah bukit keteri

    ReplyDelete
  3. cis ak ingt azman aziz n afiq rudzi nk blnja

    ReplyDelete
  4. penulisan yg berilmu

    ReplyDelete