Tuesday, March 15, 2011

The Making of Banners (Part 2)

Sedutan Episod 1: 6 orang ahli Brigate Gialloblu Perlis (BGB) berkomplot di suatu lokasi rahsia bagi merangka pelan pembangunan banner rasmi BGB Perlis. Mampukah wira-wira kacak BGB berenam ini menewaskan raksasa jahat yang cuba mengganggu-gugat rancangan suci murni mereka? Berjayakah budak karpet terbang mendapatkan karpet terbangnya kembali? Sama-sama kita nantikan pengembaraan yang penuh mendebarkan ini!


Budak Karpet Terbang dan YPK-nya

Selesai merangka pelan pembangunan dan mini belanjawan projek mega ini, komplot Nasi Kandar bingkas mengatur langkah seterusnya. Mengikut pelan asal, projek ini hanya akan bermula pada Ahad 13 Mac 2011, tetapi atas beberapa sebab yang dirahsiakan, komplot telah sebulat suara mengambil keputusan untuk menyegerakan perjalanan projek ini dengan kadar segera mungkin. Justeru itu, Chan atau nama manjanya, Hati Waja selaku ahli yang paling senior dalam komplot ini telah mengesyorkan ahli komplot untuk terus bingkas ke kedai kain berdekatan, bukan apa, hari Jumaat waktu Zohor faham-fahamlah bai.

Setibanya di sebuah gedung membeli-belah paling ternama di pekan Kangaq, 24 pasang mata ahli komplot Nasi Kandar terus meliar mencari manggis yang berkualiti, maafkan saya, meliar mencari kedai kain yang disyorkan Encik Bob atau nama samaran beliau Aizat Putera. Kedai Mariam namanya. Kedai yang menjanjikan harga yang paling rendah bagi pasaran kain-kain banner di pekan Kangaq dengan syarat pelangan yang berkunjung ke Kedai Mariam hendaklah menjaga adab, tatasusila serta tidak meminta untuk membeli barang yang bukan-bukan, contohnya 'KARPET TERBANG'.Selepas sedikit upacara menepung tawar, maafkan saya sekali lagi, upacara tawar menawar, kami diberikan harga terbaik pada hari itu iaitu RM60 Juta untuk beberapa cebis kain. Pembelian yang boleh disifatkan sebagai bargain dalam dialek Kuala Lumpur ini membuatkan keenam-enam ahli komplot Nasi Kandar pulang gembira bagai 40 Penyamun pulang ke gua.


Jumping Fish; dengan harapan BGB Perlis akan rajin melompat di Curva

Namun perjalanan kami tidak berakhir di sini sahaja. Selesai memborong kain, kami masih memerlukan barang-barang keperluan lain yang tidak kurang juga pentingnya. Sebagai contoh, Cat Pelaka, berus, ubat gigi serta sabun. Destinasi seterusnya, kedai alat tulis berdekatan Stesyen Bas Kangaq yang cukup tersohor itu. Pilihan seleksi cat yang pelbagai serta harga yang mesra pelanggan di samping amoi kaunter yang agak pergi, telah menjadi faktor pendorong utama untuk komplot Nasi Kandar memborong berbotol-botol cat pelaka dan beratus-ratus bilah berus di kedai tersebut bagi melaksanakan upacara warna-mewarna nanti. Selesai membeli belah, komplot diisytiharkan tangguh bagi memberi laluan kepada waktu Solat Jumaat. Selepas solat Jumaat nanti, komplot dijadualkan berkunjung ke kedai jahit-menjahit berhampiran bagi mendapatkan khidmat perundingan bagi gaya potongan kain yang seiring dengan arus peredaran fesyen moden bercirikan Islam pada abad ke-21.

Komplot bersambung sekitar pukul 3.30pm waktu utara tanah air dengan perkhabaran yang kurang gembira. Perkhabaran kurang enak itu telah di sampaikan tukang conteng merangkap tukang kira-kira komplot Nasi Kandar yang pernah gagal dalam ujian Matematik darjah 2-nya kepada ahli komplot yang lain menerusi kiriman SMS ketika Khatib sedang bersemangat menyampaikan Khutbah Jumaat. Kiriman SMS tersebut berbunyi lebih kurang seperti ini " td salah kira beli kain td..20m bru dpt 1 banner yg 2x10 tu..x ckup lg 16m..habaq kt hati waja...". Punggah!Tidak hairanlah kain yang dibeli sebentar tadi saaaaangatlah murahnya!


Agak-agak tukang kira-kira ni sekolah mana dulu ni?....


Akan bersambung....



9 comments:

  1. hahahampeh...bawak tape ukuq pun boleh silap kira...wakakaka

    ReplyDelete
  2. karpet terbang azman punya keja la.cilakak

    ReplyDelete
  3. smbung cpt weh.tgh syok ni

    ReplyDelete
  4. menengah perlis la baiii,geng2 lompat pagaq tuang sekolah neh,

    ReplyDelete
  5. cpt la update.cheq x sabaiq ni

    ReplyDelete
  6. mcm pelaq bdk pakai topi hitam 2....
    butoh hang...model la sgt...
    ingat hang hensem...

    ReplyDelete