Friday, March 18, 2011

The Making of Banners (Part 3)

Sedutan Episod 2: Bekalan bahan mentah untuk menjayakan projek RM135 Juta itu telah berjaya disediakan oleh geng-geng komplot Nasi Kandar yang diketuai oleh Hati Waja yang kacak lagi bergaya sambil dibantu oleh Model kacak dan jambu, saudara Azman Aziz yang berkeupayaan menyeru karpet terbang ala-ala Son Goku dalam cerita Mutiara Naga. Namun atas kebengapan tukang kira-kira komplot Nasi Kandar yang pernah bersekolah di sebuah sekolah budak-budak jahat sekitar kawasan Kangaq mengira jumlah bekalan yang seharusnya dibeli telah menjadi buah mulut mak cik-mak cik di market baru serta sekitar kampung-kampung di negeri yang terletak nun jauh di utara tanah air ini. Kebengapan ini sedikit sebanyak telah merencatkan perjalanan projek yang sudah sememangnya direncakan oleh seorang yang terencat akalnya. Mampukah projek suci murni ini diteruskan?bilakah raksasa ganas yang diwar-warkan seperti dalam episod 2 akan membuat penampilan pertama? Sama-sama kita nantikan!

Ketua Komplot Nasi Kandar yang Kacak lagi Bergaya


Selepas melempang tukang kira-kira komplot Nasi Kandar dengan beberapa das lempangan, ketua komplot Nasi Kandar yang kacak lagi bergaya telah mengarahkan anak-anak buahnya begegas semula ke gedung membeli belah sebentar tadi bagi mendapatkan tambahan stok bahan mentah. Selesai mendapatkan stok tanpa sebarang kontroversi karpet terbang mahupun isu harga, kini fokus komplot telah beralih ke arah mencari pusat fesyen dan jahit-jahitan wanita mahupun ibu tunggal bagi merealisasikan projek suci murni ini.

Gerakan mencari kedai jahit menjahit disekitar pusat membeli-belah terkemuka ini tidaklah begitu sukar kerana terdapat sekurang-kurangnya 50 buah kedai jahit-menjahit yang menawarkan khidmat jahitan pada harga yang sangat berpatutan. Namun yang menjadi masalah sosial kepada komplotan ini ialah bila mana hasil jahitan yang didambakan tersebut ingin disiapkan sebelum matahari terbenam, yakni sebelum towkey-towkey kedai beramai-ramai pulang ke rumah bagi mengira keuntungan harian sambil tersenyum seorang diri. Jam tika itu menunjukan hampir pukul 4 petang. Bermaksud, untuk menyahut seruan geng komplotan Nasi Kandar bagi menjahit banner-banner yang masyallah cukup panjang sampai 10m tersebut, ibarat menyuruh Sany menjaringkan goal persis Faiz Subri ketika menentang Harimau Muda bulan lalu. Bukan mustahil, tetapi sedikit sukar.

Namun begitu, masih ada kedai jahit-menjahit yang serius menyahut cabaran yang dilemparkan geng komplotan Nasi Kandar. Kedai anak jati negeri Perlis sendiri. Memang baka singa mak cik tersebut. Respect dan terima kasih diucapkan kepada beliau. Ketika 2 buah kedai sebelumnya menolak mentah-mentah permintaan geng komplotan Nasi Kandar dengan seribu satu alasan, beliau dengan yakin dan taderhalnya telah menerima permintaan yang cukup berat untuk disahut oleh kedai-kedai lain; 1 kedai Geng Mak Limah dan 1 lagi kedai geng mana tah hala tah. Sambil menunggu kain-kain hikmat tersebut dijahit, komplotan Nasi Kandar telah menuju ke sebuah bar yang cukup popular di kawasan Kangaq bagi pekena cendol dan bihun sup. Cendol dia memang cara la wa cakap lu!

Selesai sessi pekena, geng komplotan terus berangkat ke stadium tercinta, Stadium Utama Negeri ,Kangaq bagi sessi latihan chants. Kehadiran boleh diklasifikasikan sebagai memuaskan dengan kehadiran lebih kurang 12 kepala. Apa yang menarik pada sesi latihan ini ialah bagaimana saudara Model Jambu Karpet Terbang kita, Azman Aziz beraksi sebagai 'Pemangku-Capo'. Cukup menarik!


Gambar yang terpaksa dikaburkan atas kehendak Wan Perlis

Gambar juga oleh Wan Perlis

YPK di dadaku!

Selesai sessi chants sampai lebam, komplotan Nasi Kandar dan sesi latihan chants diarah pulang bagi menyucikan diri dan mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah di surau atau masjid yang berdekatan. Acara malam nanti bakal menyaksikan wira-wira futsal Brigate Gialloblu yang diketuai Saudara Aziel Coco bakal beraksi. Dan yang mencabarnya, setelah mengerah segala kudrat yang ada di lantaian hijau yang cukup berbisa bak kata Dean Winchester, semua crew dijadualkan akan bersenkang mata bagi menyiapkan banner-banner seperti yang sudah ditetapkan Majlis Komplotan Nasi Kandar.

Dean Winchester; Comey..tidak hairanlah beliau bermanggiskan seorang model



Akan bersambung
...

9 comments:

  1. terbaik la ! :D

    -MBGB-

    ReplyDelete
  2. asyik sambung bila mau habis..tok batin

    ReplyDelete
  3. bilakah hero dlm pilem ini akan muncul?
    sama2la kita nantikan~
    hero yg gagah lg sasa(trmasuk otot perut)~
    ~CH11~

    ReplyDelete
  4. gelojohla tokbatin neh,

    ReplyDelete
  5. part5 bru abis kot

    ReplyDelete
  6. hahaha ypk didadaku

    ReplyDelete
  7. 8648 first prize

    ReplyDelete