Saturday, April 2, 2011

Andy Capp


Ultras Perlis atau nama glamour nya Brigate Gialloblu Perlis bersempena dengan lawatan kerja luar ke Ipoh yang dijadualkan berlangsung esok telah melancarkan 1 set pelekat edisi julung-julung kalinya. Set penuh bersejarah ini boleh didapati dalam 3 design. Salah satu design yang paling mendapat perhatian media-media mainstream seluruh dunia ialah design yang melibatkan Andy Capp seperti yang boleh diperhatikan dalam gambar diatas. Siapa dianya Andy Capp ini?Apakah dia ni pegawai tinggi kerajaan? Adakah dia perdana menteri atau pun timbalan perdana menteri ataupun menteri? Dia tidak. Dia tidak memegang apa-apa jawatan pun dalam kerajaan.

Andy Capp yang sebenarnya cumalah sebuah karekter kartun British dari siri Andy Capp yang sering diterbitkan menurusi akhbar tabloid British, The Daily Mirror dan The Sunday Mirror. Ianya adalah hasil karya seorang Pelukis Komik British, Reg Smythe, yang berasal dari Hartlepool, United Kingdom. Komik ini mengisahkan Andy Capp, seorang yang kononnya gigih bekerja tetapi tidak pernah langsung pergi kerja yang mana hujung minggu beliau akan banyak berkisar mengenai lepak di bar, minum-minum beer dan yang tersangat penting, menonton perlawanan bola sepak serta bergaduh dengan penyokong pasukan lawan.

Tertarik dengan gaya hidup yang sememangnya tipikal bagi golongan bawahan, atau working class di eropah, kebanyakan kumpulan-kumpulan ULTRAS dan Casual di sana dilihat sering mengabadikan potret Andy Capp dalam design-design banner, bendera mahupun stickers keluaran mereka. Bagi mereka Andy Capp adalah lebih daripada sebuah karekter komik. Andy Capp merupakan simbol perjuangan Working Class dalam arena bola sepak secara khususnya serta dalam kehidupan seharian amnya.

Bagi BGB Perlis pula, walupun senario kehidupan kita di Malaysia ini tidaklah seakan-akan sama dengan sistem kelas pekerjaan di Eropah, BGB Perlis tetap mengabadikan 'perjuangan' golongan working class ini yang sememangya kurang berada, yang sanggup melakukan apa sahaja demi pasukan kesayangan mereka. Dengan mengabadikan potret Andy Capp disamping bunga padi yang cukup sinonim dengan Jata Negeri Perlis, BGB Perlis berharap semangat golongan working class yang pernah mengegarkan dunia suatu masa dahulu dapat diserap ke dalam sanubari pergerakan Ultras Perlis ini.

Berikut merupakan koleksi gambar Andy Capp karya ULTRAS dan Casual dari Eropah.



Lazio




Paris St Germain


Napoli

1 comment: