Saturday, April 16, 2011

On the road again! (Part 1)





Sepatu disarung tanda perjuangan dan perjalanan sudah bermula, sekali lagi aku tanya kat Asri (juga crew BGB) tak mau ikut p Ipoh ka? dengan selamba dia jawab tak mau, takpalah aku tidak memaksa tetapi Farhan (crew BGB) mungkin sudah menunggu di Restoren Hakim Seksyen 7, kerana waktu semakin hampir 12.30 tengah hari.

Aku tidak berjanji untuk makan tengah hari bersama Farhan, malah kami juga tidak mahu membuang masa memberi siulan free kepada pelajar wanita UiTM Shah Alam, niat kami hanyalah satu berkumpul bersama di situ sebelum memulakan perjalanan ke Ipoh untuk pertemuan Liga Super Perak vs Perlis.

Sebaik aku sampai di restoren yang menjadi lokasi Ultrasel dan Ultras Malaya berkomplot itu, aku terus menelefon mengikirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Farhan aka Paan, jawapan yang diberikannya cukup mudah, "tunggu sekejap nanti aku sampai".

Selepas itu seorang lagi ahli BGB, Azman menelefon aku menanyakan lokasi aku pada ketika itu, aku menjawab di restoren Mamak yang terkenal dengan kerangupan ayam goreng, dia memberi isyarat supaya tunggu kedatangannya di situ, aku hairan kenapa dia hendak datang ke sini sedangkan sudah berjanji untuk berjumpa di RnR Rawang, tidak beberapa lama selepas itu dia tiba bersama Hati Waja (BGB crew juga).

Rupanya Azman ke Siam untuk mengambil stok flare, Azman duduk bersama Hati Waja dengan tangannya menggengam seberkas sticker dan meja restoren berstatus mamak itu menjadi mangsa menandakan BGB sudah bersedia untuk memulakan pengembaraan ke Ipoh. Kedua-dua mereka memesan makanan dan minuman, selang beberapa minit Paan pun sampai dan aku menjadi ghairah melihat, lantas menghantar SMS pujukan racun kepada Asri untuk turut serta.

Sebelum ini Asri sudah memberi alasan tidak mahu ke Ipoh atas urusan kerja, namun pujukan aku berhasil dia bersetuju dengan syarat jemputnya di rumah, aku jawab mudah ..tungguuuu, Azman dan Hati Waja aka Chan, meminta izin berangkat terlebih dahulu selepas kenyang menjamah roti canai dan nasi goreng ayam, mereka masih mempunyai misi lain iaitu menjemput Afiq yang dijangka habis kelas pada pukul 1.30 petang.

Tinggal aku dan Paan bertukar-tukar pendapat sambil menunggu seorang lagi budak Ultras Malaya, Fakhrurazi yang ingin turut serta, selepas sejam menunggu dia tiba dan kami tidak menunggu lama kerana ingin menjemput Asri pula di Seksyen 19 dan terus memasuki Lebuh raya Guthrie dan PLUS, tatkala Azman memberi isyarat supaya berjumpa semula di RnR Tapah.

Dalam perjalanan ke RnR Tapah aku galak menghantar SMS kepada Azman dan wakil BGB dari Perlis, Abang Anuar ini kerana mahu mengetahui di mana lokasi mereka. BGB dari Perlis datang dengan sebuah van yang disewa dan turut menampilkan Sakaki, Coco, Abieyang Sham, Pique, Capo, Bob, Dwan dan Keyrol. Sementara itu dua orang lagi crew BGB datang dari Pulau Pinang, Tengku dan Syahmi.

Tidak silap kereta yang dipandu Farhan tiba pukul empat lebih di RnR Tapah, jadi kami berempat turun untuk membasahkan tekak dan melapik perut, dalam masa sekeping lagi sticker BGB (yang amat menarik buatan dan grafiknya, pujian iklhas) diletakkan di salah sebuah gerai di RnR Tapah itu menandakan BGB sudah semakin hampir ke Ipoh.

Selang 15 minit Azman, Afiq dan Chan tiba di RnR Tapah, serentak dengan itu hujan selebat-lebatnya turun, dalam masa yang sama juga aku mendapat panggilan dari Abang Anuar bahawa mereka sudah tiba di Ipoh, kami menjadi serba tidak kena, semua menghabiskan makanan dan minuman secepat mungkin kerana sudah tidak sabar untuk bergabung dengan crew dari Perlis.

Sejam selepas itu, seingat aku tepat pukul enam petang kami (Aku, Asri, Azman, Afiq, Chan, Fakhrurazi, Paan) tiba di Ipoh dan kami tidak mempunyai masalah besar untuk terus menuju ke perkarangan Stadium Perak. Ketika itu kami masih belum mempunyai hala tuju, van BGB dari Perlis belum kelihatan, akibatnya Pusat Skuasy bersebelahan menjadi persinggahan sementara kami dan sticker dilekatkan di kawasan itu untuk memberitahu penduduk Ipoh, BGB sudah bersedia menjadi pemain ke-12 Perlis malam tersebut.

Kami membuat keputusan untuk singgah di medan bersebelahan stadium, sambil berjalan tiba geng-geng dari Perlis tiba dan selepas itu bergabunglah crew dari Lembah Klang dan Perlis, teringat aku petikan chant berbunyi"kita semua sama sahaja". Kami bertukar-tukar cerita tentang perjalanan masing-masing dan ada yang mengambil kesempatan untuk memesan laksa, kuew-tiew sup, ais kaciang dan pelbagai bentuk minuman.


Semua sudah sedia dan bersemangat selepas berjumpa dan duduk semeja bersama selang beberapa minit panji dan segala barang untuk di bawa ke dalam stadium di bawa keluar dari van, Capo aka Fesal tahu barang apa yang perlu di bawanya ke dalam, begitu juga yang lain.

Kami melangkah anak ke pintu utama dan sempat mengambil peluang terhidang untuk bergambar dengan fan Perak di gerai-gerai jualan mereka, selepas itu menuju ke 'bola besar' yang tertera perkataan Stadium Perak dan sekali lagi kami bergambar bersama, menandakan Ipoh sudah 'ditawan'.


Senang enak mengambil gambar bersama, wakil Silver State Ultras (SSU) Syamim datang ke arah kami sebagai simbolik 'masuk rumah', kami diberi tips dan nasihat sebaik mungkin, dalam masa yang sama kami juga dibantu untuk menyeludup banner, bendera dan kayu bendera (terima kasih SSU), tetapi kami juga berjaya menyeludup benda lain yang lebih enthusiastic.

Berjayakah kami menyeludup benda itu? apakah benda itu? bagaimana pula keadaan kami di dalam stadium? apakah yang berlaku sebelum, ketika dan selepas perlawanan? nantikan sambungan coretan ini di episod kedua..

Sebuah lagi karya bermutu dari penulis terkenal Ferzalfie Fauzi!

5 comments:

  1. peh~
    kaki awok~
    glemer aih~
    xcited nunggu episod 2 & catatan dr crew dr perlis~
    CH80

    ReplyDelete
  2. kagum semangat kalian.tp bila perlis nk menang

    ReplyDelete
  3. xcited aku baca.plezz ep seterusny

    ReplyDelete