Thursday, April 21, 2011

Pusingan Ke-2!Oi!Oi!


Setelah berakhirnya perlawanan Perlis Singa Utara menentang Kelantan tempoh hari, maka secara rasminya berakhirlah Pusingan Pertama Liga Super 2011. Pasukan kesayangan kita telah menamatkan Pusingan Pertama Liga Super dengan rekod terburuk dalam sejarah Liga Super serta penubuhan pasukan, Menang sekali, Seri 4 kali dan tewas 8 kali dalam 13 perlawanan yang dilalui musim ini. Hakikat yang cukup pedih ini perlu ditelan semua rakyat Negeri Perlis kerana inilah rekodnya; hakikat yang perlu kita terima dengan pasukan yang cukup mentah musim ini.

Namun bak kata orang putih, "Let bygone be bygone!". Apa yang lepas kita biarkan sahaja lepas. Kita buka buku baru untuk pusingan kedua nanti. Apa yang paling penting, keyakinan dan sokongan kita terhadap pasukan tidak akan pernah pudar dan jauh sekali padam! Secara positifnya, jurang mata kita tidaklah terlalu jauh dengan pasukan bawahan yang lain; terutamanya Sabah dan Negeri Sembilan, Brigate Gialloblu amat-amat optimis bahawasanya dengan keputusan-keputusan yang lebih konsisten, kita mampu untuk bersaing dengan pasukan-pasukan pertengahan liga yang lain. Ditambah pula dengan reinforcement yang bakal kunjung tiba dalam kem pasukan, BGB Perlis mengharapkan yang terbaik untuk Pusingan Kedua nanti. Reinforcement yang bagaimana akan diterima pasukan kita?Sama-sama kita nantikan; sedikit clue, penambahan sedikit pengalaman beraksi pada liga peringkat tertinggi nasional.

Episod Pusingan Kedua Liga Super 2011 akan bermula esok; 22 April nanti dimana pasukan kesayangan kita akan bertandang ke Newcastle, cukup jauh. Selepas itu kita akan mengharungi 2 perlawanan di tempat sendiri yang mana 3 mata penuh untuk kedua-dua perlawanan adalah sangat-sangat diharapkan serta amat berharga. Dalam Pusingan Kedua ini, kita akan beraksi 6 perlawanan ditempat sendiri; menentang Pahang, Harimau Muda, T-Team, Perak, Felda dan akhir sekali Sabah. Diharapkan peminat-peminat Perlis Singa Utara akan sama-sama turun ke stadium bersama kami Brigate Gialloblu untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita. Forza Perlis Singa Utara!Forza BGB!

3 comments: