Tuesday, May 31, 2011

Liga Perdana musim 2012?

Sila jawap dengan penuh jujur dan ikhlas, bersediakah kita untuk musim hadapan di mana kita akan bersaing dalam kancah kelas kedua bola sepak Malaysia. Bersedia dalam konteks soalan tersebut bolehlah dirumuskan kepada penerimaan kita terhadap apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku kepada pasukan kesayangan kita dari segi pengurusan, tahap professionalisme, taktikal, mutu permainan, moral pemain serta tahap sokongan peminat. Jujur dari benak hati penulis, saya masih belum bersedia untuk melihat pasukan kesayangan diturunkan pangkat, jatuh divisyen atau lebih kasarnya diterajang keluar dari tahap tertinggi bola sepak Malaysia.

Tapi apakan daya, usah pergi jauh untuk menilai persembahan pasukan Perlis musim ini dengan analisa terperinci setiap perlawanan mahupun statistik bagai, tidak perlu. Cukuplah dengan melihat perbezaan mata pasukan di tangga teratas Liga Super; Kelantan dan Terrenganu dengan pasukan Perlis, beza 37 mata. Bagai langit dengan bumi. Terbukti, pasukan belasahan seperti pasukan Perlis memang tiada tempat dalam saingan kelas pertama bola sepak Malaysia. Justeru itu, kenyataan pahit ini terpaksa juga diterima berdasarkan sebab musabab yang sudah terang lagi bersuluh.

Penulis tidak mahu mengulas panjang mengenai punca dan alasan terjadinya bencana besar kejatuhan bola sepak Perlis ini apatah lagi menunding jari menyalahkan si polan dan si polan. Apa yang lebih penting ialah pihak pengurusan, peminat dan seluruh rakyat Perlis segera bangun dan sedar akan kesilapan lalu dan bingkas mencari jalan penyelesaian kepada segala masalah yang terjadi. Harapnya, musim depan bakal menyaksikan nasib yang berbeza untuk pasukan Perlis. Forza Perlis Singa Utara!Forza BGB!


Messi, Busquets, Xavi, Iniesta, Villa, Pedro semua selesema tak dapat hadir

Jadi Kapten pada perlawanan tersebut di berikan kepada Eric Abidal

Pep Guardiola nampak gelisah sebelum perlawanan

Yang baju hitam ni x berapa penting, tengok banner di belakang

juga logo dibelakang...

sekelompok anak muda liar yang suka melanggar peraturan





P/S: Gambar dicilok tanpa keizinan Perak FA

P/S II: Ayuh bersama cipta 'momentum kedurjanaan neraka BGB' di curva BGB yakni di kawasan obor SUNK sempena perlawanan penutup gelanggang sendiri di Liga Super 2011, sokong tetap sokong walau jatuh ke liga bawahan sekalipun! 14 Jun 2011 menentang Sabah!Ayuh lepaskan segala perasaan yang terpendam sepanjang musim ini bersama-sama kami di Curva BGB!


Thursday, May 26, 2011

Asia Tour 2011



3 kelab gergasi dunia arsenal, chelsea dan liverpool akan melakukan jelajah asia musim panas

Malaysia vs arsenal 13 Julai 2011

Malaysia vs chelsea 21 Julai 2011

Malaysia vs liverpool (belum diketahui tarikh)

Harga tiket bermula rm58, rm68, rm108 dan rm388
Untuk perlawanan dengan chelsea tiket akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei di semua butik Adidas seluruh negara, manakala bermula 30 Mei pula, tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman web

Friday, May 20, 2011

Apa Habaq Perleh

Chant Apa kaba Perleh
kepada crew2 baru boleh hafal chant ni
perlis sampai mati

Monday, May 16, 2011

Jadual Perlawanan Perlis 2011

29-1-2011
Pahang 3 vs Perlis 1


1-2-2011
Perlis 0 vs Selangor 2


11-2-2011
Perlis 1 vs Terengganu 3


15-2-2011
HM a 1 vs Perlis 1


26-2-2011
t team 3 vs Perlis 0


1-3-2011
Perlis 0 vs kuala lumpur 0


12-3-2011
felda 2 vs Perlis 0


2-4-2011
Perlis 2 vs johor fc 2


5-4-2011
perak 2 vs Perlis 1


8-4-2011
Perlis 0 - kedah 1


12-4-2011
sabah 2 - Perlis 2


16-4-2011
Perlis 3 - negeri sembilan 2


19-4-2011
Perlis 1 - kelantan 5


PUSiNGAN Ke-2

22-4-2011
kelantan 4 - Perlis 0


26-4-2011
Perlis 1 - pahang 2


30-4-2011
Perlis 1 - harimau muda 3


3-5-2011
terengganu 3 - Perlis 1


6-5-2011
Perlis 2 - t team 1


9-5-2011
kuala lumpur 3 - Perlis 0


18-5-2011
kedah 2 - Perlis 0


Perlis 1 - johor fc 2



25-5-2011
Perlis 1 - perak 2


28-5-2011
Perlis 0 - felda 1

selangor 7 - Perlis 1

((( akan di update dari masa ke semasa )))

gambaq pembakaran flare besar-besaran klik disini

Sunday, May 8, 2011

My First Time; Catatan Seorang Capo

PENGALAMAN PERTAMA, SEJARAH PERTAMA, DAN KEMENANGAN KEDUA


Tepat pukul 7.15 malam tibanya saya di stadium keramat pasukan Perlis Singa Utara iaitu Stadium Utama Negeri. Pada mulanya saya memang tak dapat ke sana disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Atas dasar ‘Semangat Perjuangan Ultras’ untuk negeri tercinta saya ketepikan kesihatan saya, saya gagahkan juga diri ke stadium demi Perlis Singa Utara. Sesampainya, saya di stadium sudah kelihatan beberapa orang brothers yang lain seperti Abang Anuar, B.O.B, dan Kyerol Fiziey. Kyerol membantu mengeluarkan set drum ‘Royal Pro’ dari 'Fairlady' saya.

Saya dan B.O.B terus mengambil kata putus untuk masuk terus ke stadium kerana ingin memasang ‘banner’ supaya tidak membuang masa menunggu brothers yang lain…oh ya…seblum tu saya beli tiket terlebih dahulu…saya dan B.O.B masuk ke stadium dan terus ke curva kami bersebelahan obor Majusi.. beberapa minit kemudian brothers yang lain pun masuk ke stadium.. Kelihatanya ketika itu, hampir semua sedang mempersiapkan diri untuk berjuang habis-habisan demi negeri tercinta…kekuatan anggota kami pada malam itu hampir 20 orang diserikan dengan kehadiran 2 ahli baru yang masih dara..

Tiba masanya semua pemain keluar ke padang untuk menunjuk kan aksi masing-masing di atas padang begitu juga dgn kami Brigate Gialloblu yang akan berjuang. Agak menduka citakan pada malam tersebut bila mana capo utama kesayangan kami Fesal Paduka Raja Bersiong dan capo kedua yang cukup pendekar; Ah Kau tidak dapat menghadirkan diri pada malam saingan itu…apakan daya bila capo sudah tiada..sebulat suara selepas musyawarah, sepakat bersetuju untuk membenarkan saya untuk menjadi capo pada malam itu. Saya tak mampu berkata apa-apa pada malam itu dan terpinga-pinga kerana saya tiada pengalaman dan masih mentah dalam bidang ini…atas sebab tanggungjawab dan semangat cintakan tanah air, pasukan dan pergerakan ULTRAS Perlis..dengan rela hati saya mengambil alih tempat capo sebelum ini dengan perasaan yang gementar..terus saya mencapai hailer..dibantu Tengku Dean untuk sebagai Capo II yang akan membantu dari segi Choreo…dup dap dup dap…dengan formasi yang lazimnya ditetapkan, saya mengarahkan seluruh curva agar teguh berdiri sebelum upacara chanting dimulakan.

Perasaan saya ketika itu tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Magical. Itu sahajalah yang dapat saya simpulkan. Tapi saya menyebut perkataan itu di dalam Bahasa Itali. Almaklumlah tempat asal saya dari Bukit Keteri memang bertutur dalam dialek sedemikian rupa. MAGICO! Detik hati saya. Kelihatan ketika itu dari hadapan curva, keseluruhan brothers dan sisters dengan penuh semangat bersorak dan tidak putus-putus mengikut arahan saya dan Tengku Dean..Baru kini saya mampu sedar bahawa sebesar mana kesan langsung dari gelombang suara yang dihasilkan oleh kami dari curva mampu membuatkan pasukan Perlis kami yang bermain di tengah padang mampu bermain dengan cukup bersemangat..upacara chanting berterusan selama 90 minit tanpa henti..kecuali masa half time..


Syukur Alhamdullilah, akhirnya pasukan Perlis dapat memenangi perlawanan pada malam itu di bawah bimbingan Krecska Janos dan sokongan padu daripada kami; Brigate Gialloblu dan penyokong-penyokong Perlis lain yang turut serta hadir bagi memberikan sokongan…sesungguhnya, pengalaman pertama dan cukup bersejarah dimana kali pertamanya saya menjadi capo untuk perlawanan Perlis ini amat-amat bermakna dan akan menjadi kenangan yang tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat..Lebih manis lagi, bila kemenangan kedua turut berjaya dicatatkan oleh pasukan kesayangan saya; Perlis Singa Utara..


Disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Perlis yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan kita pada perlawanan menentang T Team tersebut. Tidak lupa juga kepada brothers dan sisters dari Brigate Gialloblu yang sudi memberikan saya kesempatan ini dan yang paling penting percaya kepada kemampuan saya yang masih mentah ini...Terima kasih Terima kasih Terima kasih kepada hampa semua..

Salam perjuangan Ultras untuk semua
INI MALAM KITA PUNYA..!! ITS OUR SOUL UNTIL WE DIE..!!!
Alhamdulillah!
Capo Coco


P/S: Gambar sekali lagi dirembat deras tanpa izin dari Ainal Azwan the legend

Kemenangan Kedua


Setelah mengharungi 18 perlawanan Liga Super 2011 musim ini, kemenangan kedua pasukan kesayangan kita, Perlis Singa Utara akhirnya berjaya dicatatkan dengan keputusan 2-1 menewaskan T Team semalam di Kangar. Dengan 8 lagi baki perlawanan musim ini, di harapkan prestasi sama seperti yang dicatatkan malam tadi di Kangar, berterusan hingga ke penghujung musim. Marilah kita bersama-sama memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan kita untuk terus bersaing dalam Liga Super musim ini dengan sama-sama turun ke stadium mulai perlawanan di tempat sendiri seterusnya. Usah berlengah lagi kerana sesungguhnya pasukan kita sangat-sangat memerlukan sokongan seluruh rakyat Perlis. Maju Terus Perlis Singa Utara!Forza Perlis!Forza BGB!

P/S: Gambar dirembat tanpa izin dari Facebook jurugambar berbakat Farahiyah Abd Aziz

Tuesday, May 3, 2011

Bagaimana ingin menyertai Ultras Perlis


Ada yang bertanya, bagaimana ingin menyertai ultras Perlis/bgb
Semuanya cukup senang
Tidak perlu mengisi borang dan tidak dikenakan sebarang bayaran

Terapkan ini dalam diri anda

*Menunjukkan kesetiaan tanpa berbelah-bahagi kepada pasukan negeri dan negara

*Memakai baju berwarna HITAM atau biru-kuning atau biru atau kuning, jika tiada boleh memakai baju berwarna lain asalkan tiada unsur-unsur kelab dan negara luar

*Mempunyai mentaliti menyokong secara berterusan,tidak mengalah walaupun pasukan di ambang kejatuhan

*Menghadiri komplot(perjumpaan/aktiviti) yang di rancang BRIGATE GIALLOBLU dari semasa ke semasa kecuali jika ada urusan lebih mustahak atau lain-lain hal yang menghalang

*Memakai kasut sarung, bukan sandal

*Membawa mafla serta bendera Perlis(jika ada)

*Tidak membawa sebarang unsur dan ideologi politik

*Tidak membalas provokasi orang lain contohnya caci-maki dan kutukan, teruskan usaha hingga mereka faham matlamat dan perjuangan BRIGATE GIALLOBLU

*Berhimpun lebih awal terlebih dahulu sebelum bergerak bersama ke port curva(kawasan lengkungan di stadium) BRIGATE GIALLOBLU. Krew BRIGATE GIALLOBLU akan berkumpul di gerai jualan jersi saudara Anuar Che Ahmad

*Berdiri di curva sepanjang perlawanan dengan chant(nyanyian/sorakan) penuh semangat dan lantang

Seseorang krew BRIGATE GIALLOBLU akan beraksi,chant dan tifo(pergerakan badan,tangan) mengikut petunjuk capo(orang yang memberi petunjuk untuk krew melakukan aksi)