Tuesday, May 31, 2011

Liga Perdana musim 2012?

Sila jawap dengan penuh jujur dan ikhlas, bersediakah kita untuk musim hadapan di mana kita akan bersaing dalam kancah kelas kedua bola sepak Malaysia. Bersedia dalam konteks soalan tersebut bolehlah dirumuskan kepada penerimaan kita terhadap apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku kepada pasukan kesayangan kita dari segi pengurusan, tahap professionalisme, taktikal, mutu permainan, moral pemain serta tahap sokongan peminat. Jujur dari benak hati penulis, saya masih belum bersedia untuk melihat pasukan kesayangan diturunkan pangkat, jatuh divisyen atau lebih kasarnya diterajang keluar dari tahap tertinggi bola sepak Malaysia.

Tapi apakan daya, usah pergi jauh untuk menilai persembahan pasukan Perlis musim ini dengan analisa terperinci setiap perlawanan mahupun statistik bagai, tidak perlu. Cukuplah dengan melihat perbezaan mata pasukan di tangga teratas Liga Super; Kelantan dan Terrenganu dengan pasukan Perlis, beza 37 mata. Bagai langit dengan bumi. Terbukti, pasukan belasahan seperti pasukan Perlis memang tiada tempat dalam saingan kelas pertama bola sepak Malaysia. Justeru itu, kenyataan pahit ini terpaksa juga diterima berdasarkan sebab musabab yang sudah terang lagi bersuluh.

Penulis tidak mahu mengulas panjang mengenai punca dan alasan terjadinya bencana besar kejatuhan bola sepak Perlis ini apatah lagi menunding jari menyalahkan si polan dan si polan. Apa yang lebih penting ialah pihak pengurusan, peminat dan seluruh rakyat Perlis segera bangun dan sedar akan kesilapan lalu dan bingkas mencari jalan penyelesaian kepada segala masalah yang terjadi. Harapnya, musim depan bakal menyaksikan nasib yang berbeza untuk pasukan Perlis. Forza Perlis Singa Utara!Forza BGB!


Messi, Busquets, Xavi, Iniesta, Villa, Pedro semua selesema tak dapat hadir

Jadi Kapten pada perlawanan tersebut di berikan kepada Eric Abidal

Pep Guardiola nampak gelisah sebelum perlawanan

Yang baju hitam ni x berapa penting, tengok banner di belakang

juga logo dibelakang...

sekelompok anak muda liar yang suka melanggar peraturan





P/S: Gambar dicilok tanpa keizinan Perak FA

P/S II: Ayuh bersama cipta 'momentum kedurjanaan neraka BGB' di curva BGB yakni di kawasan obor SUNK sempena perlawanan penutup gelanggang sendiri di Liga Super 2011, sokong tetap sokong walau jatuh ke liga bawahan sekalipun! 14 Jun 2011 menentang Sabah!Ayuh lepaskan segala perasaan yang terpendam sepanjang musim ini bersama-sama kami di Curva BGB!


4 comments:

  1. tak akan mati
    -aziel Coco-

    ReplyDelete
  2. pngurusan bgs mcm klntn dok liga FAM pn xpa...
    ni mcm pelaq pnya pngurusan...
    byk main politik...
    player d malaysia nie jurang x byk...
    pngrusan kna main peranan lbh ckit...
    nie kira nk perjatuh org ...

    ReplyDelete
  3. shahidan gila kuasa
    boleh pencen dah
    dia btanggungjwb kjatuhan perlis

    ReplyDelete
  4. Naik turun sesuatu pasukan bukan setakat hanya bergantung pada satu pihak. setiap komponen ada tanggungjawab dia bagi menjayakan kejayaan sesebuah pasukan. mana ada orang yang mau menampung duit sendiri untuk bagi gagalkan sebuah pasukan tuh.

    Presiden, yang ada sekarang boleh dikatakan sejarah terbaik dari pengurusan, mengapa? kalau kita tengok balik zaman sebelum dia amik alih, perlis bukanlah sebuah pasukan yang digeruni. Hakikat ini kita perlu tau. Namun beliau ambilalih dah pasukan dah menikmati pelbagai kejayaan. Idea ini kalau kita tengok digunapakai oleh pengurusan kelantan dan negeri sembilan.konsep 1 peluru 2 mangsa, kejayaan dipadang dan politik.

    Namun langit tak selalu cerah, perancangan jangka panjang tidak diwujudkan ketika kita dipuncak menyebabkan kita leka. Isu ada ramai jadi "jurulatih" bukan satu cerita baru, boleh dikatakan setiap tahun perlis terpaksa bina pasukan baru. Ini harus dilihat sebagai barah, namun individu ini terus berada didalam mungkin dalam pengurusan diletakkan kasih sayang.

    Kemuncaknya berlaku pelbagai isu, gaji, kwsp, dan kebajikan yang melanda pasukan. Penghijrahan beramai-ramai menyebabkan pasukan lumpuh. penghijrahan ini sebagai protes kepada profesionalisme pengurusan. ketika ini barah perlu dibuang namun sebaliknya.

    Pemilihan player baru, menjadi satu tanda tanya dimana kita lihat kebanyakan player tidak mempunyai basic football. Jurulatih yang dilantik tidak dapat tackle setiap isu yang berbangkit sepeti fitness dan taktikal. Maka keputusannya sebagai mana kita tahu menjadi lubuk kepada pasukan lain.

    Namun program motivasi yang dijalankan sedikit sebanyak boleh menyuntik moral pasukan. Kerana rata-rata pemain muda boleh menggunakan peluang ini menunjukkan bakat mereka. Namun kita lihat pasukan ini lebih banyak kad merah berbanding jaringan. Mengapa terjadi? kemahiran, visual game dan fitness semuanya ditahap rendah. Cuba kita lihat dipadang latihan berapa banyak player yang mempunyai fitness seperti solley. Berapa kali mereka berlari dalam latihan. Hasilnya dalam permainan profesional masih ada player hanya mampu berlari 10 minit sahaja. malah ada yang sampai bertinggung ketika game berjalan.

    setakat ni pengurusan dan player renung balik, kita lebih rasional berada diliga perdana jika tahap kita macam ni. Harapan penyokong amat tinggi tapi pengurusan player kena berubah sikap kepada real profesional. Memang relaistik jika player dioffer RM800 dengan tahap permainan sedemikian

    ReplyDelete