Tuesday, June 28, 2011

Proud To be Malaysian


Berjuang hingga titisan darah terakhir
Kami anak Malaysia
Kedatangan anda tidak diundang, jika ragu sila pulang wahai warga england

Saturday, June 25, 2011

Siapa pun Kita Lawan


Seperti sedia maklum Malaysia layak ke pusingan terakhir zon Asia sukan olimpik bersama 11 pasukan lain. Peringkat seterusnya 12 pasukan ini dipecahkan kepada 3 kumpulan. Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke sukan olimpik. Mampukah Harimau Malaya?? Naib juara pula akan bertemu sesama sendiri untuk dipilih menentang lawan dari zon Afrika.

Kita berdoa agar Malaysia berjaya

Thursday, June 23, 2011

Erti Cinta Seorang Ultras


Kecintaan kita terhadap apapun membuatkan kita menyanjungnya. Demikian dengan kecintaan kita terhadap negara/negeri kesayangan.
Tempat jatuh lagi dikenang

Thursday, June 16, 2011

Selamat Tinggal Liga Super?

Perlis 0-1 Sabah, 14/06/11, Stadium Utama Negeri, Kangar

Malam tadi berakhirlah perjalanan Liga Super 2011 pasukan Perlis Singa Utara di tempat sendiri, Stadium Utama Negeri, Kangar, mengikut jadual keluaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sebagaimana kerap berubahnya jadual perlawanan Liga Super musim ini, begitu kerap jugalah format pertandingan yang dikelolakan FAM berubah-ubah.

Terbaru, ada ura-ura yang mengatakan keputusan untuk mengurangkan jumlah pasukan bertanding dalam Liga Super 2012 mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Sebaliknya, jumlah pasukan yang bertanding musim depan akan ditambah menjadi 16 pasukan. Adapun, sebab dan alasan kemungkinan berlakunya penambahan pasukan seperti yang heboh digembar-gemburkan kini, adalah tidak dapat dipastikan sama sekali. Semuanya mungkin kerana etika kerja FAM yang cukup terkenal misteri dan penuh dengan kejutan, seolah-olah bekerja dengan makhluk ghaib yang tidak teragak-agak untuk campur tangan sekiranya sesuatu keputusan tidak berpihak kepada mereka.

Tidak mengambil kira sebarang keputusan kontroversi di saat akhir, marilah kita bersama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super sambil berharap musim depan akan menjanjikan musim yang lebih bermakna untuk kita, rakyat Perlis. Terima Kasih kepada pihak pengurusan, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) terutamanya Tuan Presiden yang banyak berjasa dalam memastikan perjalanan kita ke Liga Perdana berjalan lancar. Tidak dilupakan, pemain yang telah bertungkus lumus membanting tulang bagi sesuap rezeki yang halal begitu juga seluruh peminat bola sepak negeri Perlis yang tidak pernah putus asa bersorak dan terus memberikan sokongan tidak kira dikala menang ataupun menang.

Akhir kata, ayuh ke Liga Perdana dan ayuh capai kejuaraan liga disana, sebelum kita kembali ke kancah saingan tertinggi bola sepak Malaysia.

Gambar oleh Mohd Shari Saidin

Tuesday, June 14, 2011

Jadual Perlawanan Bolasepak Malaysia

Berikut adalah jadual perlawanan bolasepak Malaysia atau Harimau Malaya. ok boleh rancang perjalanan anda

klik pada gambar untuk besar