Saturday, July 30, 2011

Ole-ole dari Singapura

Lazimnya, pelancong mahupun pelawat yang pergi melancung dan makan-makan angin ke suatu tempat akan membawa pulang ole-ole, ataupun kusyen bak kata Abi Hurairah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Terencat akalnya BGB Perlis dan Ultras Malaya, kami yang berkunjung ke Singapura pula, telah membawa sejumlah ole-ole khas menyeberangi Tambak Johor. Ole-ole ini bolehlah disifatkan istimewa atau dalam bahasa omputihnya special. Specialnya ialah ole-ole ini direka khas demi memanaskan lagi suasana yang sudah sedia ada panas ketika itu.

Berikut merupakan ole-ole yang dimaksudkan, 4 design sticker keluaran khas BGB Perlis- Ultras Malaya, bagi perlawanan Pusingan Kedua Piala Dunia Zon Asia; Singapura bertemu Malaysia. Sama-sama kita lihat dengan lebih details setiap design.

Diinspirasikan dari rekaan logo kempen-kempen kebersihan serata dunia seperti "Keep London/Britain Tidy" dan juga "Keep Your City Clean", design ini mengambil terus nama kempen yang diamalkan negara "terbersih" di dunia, Singapore iaitu "Let's Bin It!". Motif design ialah mengutamakan kebersihan rantau ASEAN dengan membersihkan apa-apa yang berkaitan Singapura dan meng-tongsampah-kan mereka. Kelihatan our obedient citizen sedang tekun membuang Merlion ke dalam tong sampah gergasi. Contohilah beliau!

Design kedua pula ala-ala zaman muda Farhan Gastorado; Skinhead. Kalau tidak salah, gambar ini memang diambil secara curi-curi daripada almari baju dan kotak simpanan koleksi gambar muda-mudi liar beliau dahulu kala. Cumanya untuk memudahkan kerja-kerja pencetakan, gambar tersebut terpaksa di-kartun-kan. Lagipun Farhan Gastorado memang tidak gemar jika wajahnya menjadi tatapan orang ramai. Tak kejaq glamour kata beliau. Tak buloq!

Berbalik kepada motif design ini, dapat diperhatikan seorang mahkluk skinhead sedang melakukan kerja-kerja 'pengubahsuaian' ke atas simbol keagungan negara Singapura, Merlion, dengan menggunakan sebatang penukul. Adapun final product hasil kerja 'pengubahsuaian' tersebut tidak dapat dipastikan sama sekali rupa bentuknya. Tapi desas desus ada mengatakan yang pengubahsuian ini dilakukan mungkin sejajar dengan falsafah dan wawasan terbaru kerajaan pimpinan Lee Hsien Loong yang ingin mengembalikan kegemilangan era perfileman Studio Jalan Ampas. Entahlah, mungkin boleh hubungi Farhan Gastorado face to face untuk lebih informasi.

Design yang diadaptasi daripada logo perjuangan politik neo-nazi yang menentang gerakan komunis, haluan kiri mahupun perhimpunan bersih 2.0. Bezanya, potret ikon nombor satu Singapura, Phua Chu Kang, diketengahkan dengan mesej "Good Night Chu Kang" menjadi kata-kata azimat yang ingin diucapkan sebelum tidurnya terus PCK dari muka bumi Allah swt ini.
Akhir sekali, design yang paling panas, paling mendapat sambutan serta paling straight to the point; "I Hate Singapore" sambil mengacukan jari tengah tepat kepada sasaran, kepada siapa lagi kalau bukan kepada mereka yang berada di seberang Tambak Johor. Diinspirasikan daripada sebuah potret comel penyokong kanak-kanak Feyenoord Rotterdam yang Astagfirullahalazim, sudah pandai mengacukan jari tengah kepada pihak lawan sedangkan umur baru setahun jagung. Mesej yang cukup jelas sudah terang lagi bersuluh, kebencian yang membuak-buak kepada sebuah tamadun yang bernama Singapura.


P/S: Ole-ole istimewa ini pada mulanya dikeluarkan bukan untuk tujuan jualan. Tetapi atas permintaan ramai yang sungguh menakjubkan dan kata putus pucuk pimpinan BGB yang diketuai Syahmi Juhari, ole-ole ini masih boleh dimiliki pada harga serendah RM2 untuk setiap satu design.

Namun ianya bergantung kepada tahap kroninya anda dengan insan-insan BGB, anda mampu mendapatkan setiap ole-ole pada harga kroni, RM1 untuk setiap design. Sila hubungi terus kenalan-kenalan BGB anda untuk memilikinya sekarang sebelum terlambat kerana ole-ole yang masih tinggal adalah lebihan daripada ole-ole yang sudah selamat di Temasek minggu lalu. Justeru itu, bilanganya adalah sangat terhad. Terima Kasih!

Friday, July 29, 2011

Misi Nasional: Once Upon A Time in Singapork

Lupakan sebentar apa yang baru berlaku semalam, ayuh kita imbas kembali beberapa hari ke waktu dimana Harimau Malaya dan ekornya, Ultras Malaya berkunjung ke Temasek. Enjoy!

Tanggal 23/07/2011 akan sentiasa segar dalam ingatan pengikut-pengikut ajaran taksub Ultras Malaya. Masakan tidak, tarikh tersebut telah menyaksikan tercatatnya sebuah pelanggaran maha dahsyat hampir seribu rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama, parti politik dan warna baju ke tanah yang sudah pernah dilanggar todak pada masa lampau, Temasek. Brigate Gialloblu selaku badan berkanun yang bernaung secara rasminya dibawah panji Ultras Malaya turut tidak kalah dalam menghantar wakil ke sana. Seramai 7 balaci telah dihantar bagi sama-sama melakukan kerosakan ditanah hina itu. Berikut merupakan catatan bergambar sepanjang hari bersejarah tersebut. Sama-sama kita saksikan!


Kupon hari kantin Sekolah Menengah Jalan Besar

Jalur Gemilang terbesar pernah dibawa menyeberangi Tambak Johor barangkali...

Corteo 4 jam sebelum sepak mula ke Std Jalan Besar

Kami tak dayus..kami bukan pengecut..kami juga tak akan jadi hina seperti kalian!anjing import!


Semangat yang tidak akan pernah luntur..sambil diiringi bodyguard yg diterbangkan khas oleh BGB


Murid-murid Sekolah Menengah Jalan Besar dipaksa beratur oleh pengawas bertugas..kelihatan disitu kelibat saudara BGB kita yg sungguh kacak; saudagar Pelekat dari TM

Bercakap pasal pelekat...special untuk Singapork




Kak Long pun kelihatan sangat terpegun disitu..hai Kak Long!

Speaker sponsor...

"Besarnya stadium ini!~~hahahaha!~~"


Kenangan salji di Singapura...

Abang Long paling gembira dan paling tidak terkawal pada hari bersejarah tersebut..

Kenangan balaci balaci BGB di Stadium Jalan Besar, Singapork...yang kanan sekali Rambo, yang kiri sekali kakak rambo yang hanya pakai anak tudung sahaja ke sana...sexy...


P/S: Gambar-gambar terbaik ini dicilok tanpa izin dari jurufoto-jurufoto terhebat Ultras Malaya..terima kasih diucapkan kepada Farid Sadri, Shah Amirul, Atiba Jefferson dan tidak lupa juga kepada Abdul Hafiz..kalian terbaik!

Wednesday, July 27, 2011

Singapura itu dibunuh saja

Pulau batu putih boleh la hang tawan..tapi ini Bukit Jalil ok. Bukit Jalil !

Sunday, July 17, 2011

Nafsu yang membuak-buak



tak nak creta banyak. juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke sukan Olimpik 2012. naib juara akan bermain play off dan akan bertemu dengan zon afrika selatan