Saturday, July 30, 2011

Ole-ole dari Singapura

Lazimnya, pelancong mahupun pelawat yang pergi melancung dan makan-makan angin ke suatu tempat akan membawa pulang ole-ole, ataupun kusyen bak kata Abi Hurairah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Terencat akalnya BGB Perlis dan Ultras Malaya, kami yang berkunjung ke Singapura pula, telah membawa sejumlah ole-ole khas menyeberangi Tambak Johor. Ole-ole ini bolehlah disifatkan istimewa atau dalam bahasa omputihnya special. Specialnya ialah ole-ole ini direka khas demi memanaskan lagi suasana yang sudah sedia ada panas ketika itu.

Berikut merupakan ole-ole yang dimaksudkan, 4 design sticker keluaran khas BGB Perlis- Ultras Malaya, bagi perlawanan Pusingan Kedua Piala Dunia Zon Asia; Singapura bertemu Malaysia. Sama-sama kita lihat dengan lebih details setiap design.

Diinspirasikan dari rekaan logo kempen-kempen kebersihan serata dunia seperti "Keep London/Britain Tidy" dan juga "Keep Your City Clean", design ini mengambil terus nama kempen yang diamalkan negara "terbersih" di dunia, Singapore iaitu "Let's Bin It!". Motif design ialah mengutamakan kebersihan rantau ASEAN dengan membersihkan apa-apa yang berkaitan Singapura dan meng-tongsampah-kan mereka. Kelihatan our obedient citizen sedang tekun membuang Merlion ke dalam tong sampah gergasi. Contohilah beliau!

Design kedua pula ala-ala zaman muda Farhan Gastorado; Skinhead. Kalau tidak salah, gambar ini memang diambil secara curi-curi daripada almari baju dan kotak simpanan koleksi gambar muda-mudi liar beliau dahulu kala. Cumanya untuk memudahkan kerja-kerja pencetakan, gambar tersebut terpaksa di-kartun-kan. Lagipun Farhan Gastorado memang tidak gemar jika wajahnya menjadi tatapan orang ramai. Tak kejaq glamour kata beliau. Tak buloq!

Berbalik kepada motif design ini, dapat diperhatikan seorang mahkluk skinhead sedang melakukan kerja-kerja 'pengubahsuaian' ke atas simbol keagungan negara Singapura, Merlion, dengan menggunakan sebatang penukul. Adapun final product hasil kerja 'pengubahsuaian' tersebut tidak dapat dipastikan sama sekali rupa bentuknya. Tapi desas desus ada mengatakan yang pengubahsuian ini dilakukan mungkin sejajar dengan falsafah dan wawasan terbaru kerajaan pimpinan Lee Hsien Loong yang ingin mengembalikan kegemilangan era perfileman Studio Jalan Ampas. Entahlah, mungkin boleh hubungi Farhan Gastorado face to face untuk lebih informasi.

Design yang diadaptasi daripada logo perjuangan politik neo-nazi yang menentang gerakan komunis, haluan kiri mahupun perhimpunan bersih 2.0. Bezanya, potret ikon nombor satu Singapura, Phua Chu Kang, diketengahkan dengan mesej "Good Night Chu Kang" menjadi kata-kata azimat yang ingin diucapkan sebelum tidurnya terus PCK dari muka bumi Allah swt ini.
Akhir sekali, design yang paling panas, paling mendapat sambutan serta paling straight to the point; "I Hate Singapore" sambil mengacukan jari tengah tepat kepada sasaran, kepada siapa lagi kalau bukan kepada mereka yang berada di seberang Tambak Johor. Diinspirasikan daripada sebuah potret comel penyokong kanak-kanak Feyenoord Rotterdam yang Astagfirullahalazim, sudah pandai mengacukan jari tengah kepada pihak lawan sedangkan umur baru setahun jagung. Mesej yang cukup jelas sudah terang lagi bersuluh, kebencian yang membuak-buak kepada sebuah tamadun yang bernama Singapura.


P/S: Ole-ole istimewa ini pada mulanya dikeluarkan bukan untuk tujuan jualan. Tetapi atas permintaan ramai yang sungguh menakjubkan dan kata putus pucuk pimpinan BGB yang diketuai Syahmi Juhari, ole-ole ini masih boleh dimiliki pada harga serendah RM2 untuk setiap satu design.

Namun ianya bergantung kepada tahap kroninya anda dengan insan-insan BGB, anda mampu mendapatkan setiap ole-ole pada harga kroni, RM1 untuk setiap design. Sila hubungi terus kenalan-kenalan BGB anda untuk memilikinya sekarang sebelum terlambat kerana ole-ole yang masih tinggal adalah lebihan daripada ole-ole yang sudah selamat di Temasek minggu lalu. Justeru itu, bilanganya adalah sangat terhad. Terima Kasih!

2 comments:

  1. lain kali kena buat sticker "100% buatan Malaysia"

    ReplyDelete
  2. 100% buatan Malaysia diadaptasi melalui banner tuan...

    ReplyDelete