Friday, December 30, 2011

Yang ditunggu sudah tiba!


Destinasi kita musim depan ialah Muar, Selayang, Seremban, Melaka, Temerloh, Petaling Jaya, Johor Bharu dan Pulau Pinang yang mungkin sedikit terencat dengan hari perlawanan yang jatuh sama ada hari Isnin ataupun Jumaat. Tahniah FAM!

Tuesday, December 20, 2011

Sejarah Ringkas Selendang Bola Sepak

Football memorabilia boleh didefinisikan sebagai apa sahaja bentuk koleksi peribadi berasaskan bola sepak yang mampu mengingatkan sang pemilik mengenai the good old days, memori- memori indah masa lampau. Namun apa yang lebih penting, koleksi ini juga menjadi bukti serta medium untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan kita by the showing of club colours. Selendang bola sepak, atau dalam Bahasa Malaysia yang kurang skema, mafla atau scarf bola sepak merupakan antara Football memorabilia yang paling popular dan senang untuk dimiliki.

Football scarves atau mafla mula membuat kemunculan pertama dalam arena pembolasepakan agak lewat, iaitu sekitar tahun 1960-an. Penggunaan mafla waktu itu tidak terhad kepada sekadar untuk memanaskan badan si pemakai di kala musim sejuk sahaja tetapi juga sebagai salah satu medium untuk mewujudkan suatu display yang menampilkan warna pasukan di teres stadium.

Dynamo Kiev

Menyentuh mengenai material yang digunakan pada waktu itu pula, kebanyakkan mafla direka menggunakan material yang diekstrak dari bulu kambing (wool). Namun begitu menjelang penghujung tahun 1970-an, perubahan trend dalam pemakaian mafla dapat dilihat dengan kecenderungan fanatik-fanatik bola sepak waktu itu yang menyukai kain yang seakan-akan sutera tapi bukan sutera daripada kain berasaskan bulu kambing. Namun demikian, atas kefahaman ilmu agama yang mendalam, kebanyakan pemakai mafla yang seakan sutera ini mulai insaf dan kembali ke pangkal jalan dengan kembali menggayakan mafla berbulu kambing.

Bercakap mengenai rekaan dan corak mafla pula, adalah dipercayai bahawasanya rekaan terawal mafla adalah rekaan traditional bar scarf yang berasaskan warna tradisi pasukan. Lazimnya setiap pasukan di Eropah mempunyai sekurang-kurangnya dua warna tradisi dan paling banyak pun tiga warna. Sebagai contoh, Liverpool, Arsenal, Barnsley mahupun Accrington Stanley adalah pasukan yang cukup sinonim dengan warna Merah dan Putih. Sementara Everton, Huddersfield Town, Cardiff City, Bristol Rovers serta Chelsea pula terkenal dengan warna Royal Blue dan White. Pada waktu itu, kelibat sekelompok penyokong di teres belakang gol dengan mafla yang berasaskan warna tradisi kelab mereka adalah sebuah pemandangan biasa yang cukup popular waktu itu.

Biru Kuning itu Perlis!Royal Blue & Gold

Biru Putih Bristol Rovers bla bla bla

Lama-kelamaan, kelab-kelab bola sepak mulai menyedari bahawasanya terdapat peluang komersial disebalik trend dan kegilaan terhadap benda alah berbulu ini. Dan seterusnya, mafla mula menjadi sehelai football memorabilia yang paling dikehendaki seseorang yang bergelar penyokong sebuah kelab bola sepak.

Seterusnya bermula dari saat itu, rekaan mafla mula berevolusi. Bermula dari design tradisional 'kosong' bar scarf, evolusi pertama mula mencorakkan nama kelab bola sepak masing-masing di tengah-tengah mafla. Tidak cukup dengan idea tersebut, bermulalah evolusi kedua yang menyaksikan penambahan logo kelab atau emblem pasukan di kedua-dua hujung mafla.

Crystal Palace

West Ham!




Wigan Athletic

Celtic

Atas kepopularan dan permintaan yang tinggi terhadap mafla-mafla ini menjadikan sesetengah kelab-kelab bola sepak semakin ghairah dalam menghasilkan corak rekaan mafla yang menjamin pulangan yang cukup lumayan. Ketika ini, kelab-kelab mula membayangkan hasil jualan mafla yang pastinya akan meningkat setiap kali pasukan mereka layak ke semi final ataupun final sesuatu kejohanan besar. Bisik hati orang-orang kuat FA kelab, kalau pun tidak berjaya sampai ke peringkat tinggi kalah mati, undian bertemu kelab-kelab 'besar' waktu itu pun sudah cukup untuk menaikan graf permintaan dan jualan mafla mereka. Sebut sahaja cup clash bertemu Liverpool, Everton, Manchester United, Forest, mahupun Leeds United, pasti melompat kegembiraan penyokong-penyokong kelab-kelab kecil liga bawahan seperti Port Vale, Barnet ataupun Swindon Town. Belum lagi dapat mafla tertera nama kelab mereka sebaris dengan kelab-kelab besar tersebut.

Berpunca daripada keghairahan dan hasil pemikiran bernas kepala-kepala bana board of directors kelab-kelab kapitalis tersebut, maka tercetusnyalah idea untuk menghasilkan 'split scarf'; evolusi ketiga dan yang terakhir mafla bola sepak. Split scarf ini pada tanggapan manusia biasa yang cetek ilmu pengetahuan bola sepaknya pasti akan sesedap hati mak bapak mereka sahaja mengkepala banakan si pemakai mafla jenis ini. Masakan tidak, apa kegajahnya seseorang itu memakai sehelai scarf yang menampilkan logo atau emblem dua buah pasukan dalam satu mafla yang sama. Jenis lalang apakah si pemakai ini?

Yang sebenarnya, mafla jenis ini adalah mafla yang dikeluarkan khas untuk suatu-suatu kejohanan yang cukup besar bagi sesebuah kelab bola sepak tersebut, dimana logo kedua-dua pasukan bertanding, berserta tarikh perlawanan, stadium dimana akan berlangsungnya perlawanan tersebut, juga turut dicetak ke atas mafla tersebut. Ianya amat sesuai sebagai tanda kenang-kenangan kepada hari yang bersejarah tersebut tanpa mengambil kira keputusan perlawanan tersebut.

Barca v Manure. Siapa boleh jawab Final Cup apakah ini berserta tahunnya sekali?

Arse v Barca. Bukan Cup final..

Begitulah sedikit sebanyak info mengenai sejarah penggunaan mafla dalam arena pembolasepakan. Konklusinya, mafla bola sepak bukan sahaja digunakan oleh penyokong bola sepak di negara atas angin untuk melawan musim sejuk tetapi juga sebagai medium untuk meunjukkan kebanggan, kecintaan dan kegilaan terhadap pasukan bola sepak kesayangan mereka.

Begitu juga dengan kami di BGB Perlis dimana kami juga ingin menunjukkan kecintaan kami terhadap pasukan kami dengan menunjukkan mafla dan warna sebenar kami; Biru Kuning. Promosi sedang giat dijalankan dan jikalau anda berminat, sila hubungi terus Bendahari II kami, Nazily Coco Mafioso Italiano Macchiato di talian yang tertera di dalam poster di bawah ini. Ayuh anak-anak Perlis kita tunjukkan kecintaan kita terhadap pasukan kita bersama-sama!

Monday, December 19, 2011

PROMO: Mafla Julung-julung kali BGB Perlis


Anda berminat?Hubungi terus Nazily Muhaimin di talian 0175693190 dan 0142433829 untuk tempahan atau anda juga boleh tempah melalui Facebook Group rasmi BGB Perlis. Support local football!

Ultras di Itali dan Pengaruhnya terhadap Teres-teres di Sekitar Serie A



Ultras Granata Torino

ULTRAS; merupakan sebuah subjek yang sehingga kini masih kekal menjadi sebuah isu yang sentiasa hangat diperkatakan bila berbicara mengenai Bolasepak Itali. Antara perkara yang sering diperkatakan mengenai ULTRAS dan menarik minat seantero dunia untuk bercakap mengenainya ialah berkenaan 'kuasa istimewa' yang dimiliki ULTRAS tidak kiralah terhadap kelab bola sepak mereka sendiri ataupun ke atas seluruh Semenanjung Itali.

Tambah menarik, tindak-tanduk ULTRAS yang dilihat seolah-olah cuba 'menghalau' segelintir penyokong lain daripada berkunjung ke stadium dengan beberapa siri kekerasan tetapi pada masa yang sama menarik penyokong ke stadium dengan menggunakan Tifo yang dipersembahkan setiap kali sebelum sepakmulanya perlawanan menjadikan ULTRAS itu sebagai sebuah subjek yang cukup menarik dan sukar untuk difahami sesetengah pihak yang akalnya terletak dikepala bana mereka.

Keganasan yang dilihat sebagai biasa-biasa sahaja bagi ULTRAS.

Namun begitu, dengan pengaruh politik yang saban hari semakin ekstrem pada sesetengah kumpulan ULTRAS serta kebencian yang meluap-luap terhadap kerajaan menimbulkan persoalan samada ULTRAS itu mampu untuk bertahan dalam arus pemodenan dan globalisasi yang semakin pesat membangun dalam abad ke-21 ini. Antara persoalan yang sering ditimbulkan ialah "Setiap pasukan bola sepak di Itali mempunyai ULTRAS tetapi adakah setiap pasukan bola sepak di Itali ini memerlukan ULTRAS?"

ULTRA dalam bahasa Latin bermaksud untuk menjadi sesuatu yang melampaui batas-batas yang sedia ada. Berpegang kepada maksud ULTRA itu sendiri, ianya menjadikan ULTRAS sebagai gerakan yang mempunyai semangat cintakan pasukan pada tahap yang cukup kuat serta passion yang cukup menggila terhadap pasukan kesayangan mereka. Itu adalah definisi umum yang setiap kepala bana yang mampu menaip perkataan ULTRAS menggunakan papan kekunci komputer riba mereka dengan bantuan enjin carian google. Apa yang kepala bana-kepala bana ini tidak tahu ialah bagaimana setiap ULTRAS itu berbeza-beza pegangan akidah dan pembawakan dirinya apatah lagi tahap kegilaan sesebuah kumpulan.

Sebagai contoh, majoriti ULTRAS di Semenanjung Itali berpegang kepada aliran politik berhaluan kanan dan hanya segelintir sahaja yang melawan arus dengan berpegang kepada ideologi Left Wing; antaranya Bologna dan Livorno. Seperti yang dijelaskan pada awal karangan ini, pandangan dan pengaruh politik berhaluan kanan ini adalah sangat ekstrem dan ianya mampu dilihat dengan mata kasar di setiap stadia diseluruh Itali.

Sebagai contoh lagi, apa yang sering diperjuangkan puak-puak berhaluan kanan ini di stadia ialah mengenai idea "Patria" yang mereka pegang. Patria, bukan Pariah, ialah sebuah konsep yang merujuk kepada tanah air yang mana didiami oleh segelintir umat yang mewarisi tanah tersebut dari generasi terdahulu. Apa yang sering diperjuangkan golongan berhaluan kanan ini ialah betapa makin kurangnya tahap kebanggaan rakyat Itali dalam bergelar seorang rakyat Itali. Bagi mereka, rakyat Itali masa kini kelihatan seperti tidak berbangga dan tidak bersyukur untuk hidup di sebuah negara seperti Itali. Dan seperti aliran politik lain, mereka menyalahkan model kepelbagaian kaum dan perpaduan yang dibawa kerajaan mereka sebagai punca utama gejala ini berlaku.

Pemandangan biasa di Stadia-stadia di Itali. Roma.

White power!Ascoli.

Menurut mereka lagi, bagi memastikan keamanan dari sudut sosial sesebuah masyarakat itu dipelihara, identiti sesebuah negara itu perlulah terlebih dahulu dihormati dan diletak pada tahap yang sepatutnya. Mereka juga sering menjadikan United Kingdom sebagai contoh betapa kerajaan yang cuba mengamalkan toleransi terhadap rakyat berbilang kaum, akan sentiasa mengambil pendekatan menyebelahi rakyat berbilang kaum berbanding 'penduduk asal' UK yang akhirnya mampu mewujudkan keadaan sosial yang tidak seimbang.

Di teres-teres di sekitar Itali, 'kebimbangan' puak-puak berhaluan kanan ini terhadap isu sosial berkaitan "Patria" ini mampu dilihat dalam isu berkaitan Mario Balotelli ketika beliau masih berhingus dan bermain untuk Inter Milan. Beliau terpaksa berhadapan dengan "Racists Chants" setiap kali bermain dan untuk perlawanan menentang Juventus, Roma dan Chievo yang mana ianya pasti merupakan sebuah pengalaman yang 'istimewa' untuk 'negro di merda' ini.

Berhenti panggil saya Negro di Merda!

Anehnya, ULTRAS di Itali jarang sekali melihat gerakan mereka itu sebagai sebuah gerakan yang berpegang kepada ideologi perkauman atau racists. Apa yang lebih menarik, ULTRAS juga dilihat sering kali cuba untuk menjauhkan diri daripada tuduhan racists yang mana sebenar-benarnya, mereka memang agak racists.

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan kumpulan ULTRAS mula diwujudkan bermula dari sekitar tahun1970 sehingga 1980. Era ini memang cukup terkenal sebagai era of social unrest di Itali yang mana kebanyakan protes terhadap isu sosial sering kali berhubung kait dengan keganasan politik sering berlaku. Atas sebab itu jugalah yang mempengaruhi keganasan yang dicetuskan ULTRAS dalam perkembangan awal pergerakan ini. Begitu juga dengan pergaduhan atas sebab bola sepak yang sering berlaku. Dan beberapa siri keganasan terutamanya yang berprofile tinggi telah membuatkan keluarga-keluarga Itali yang mempunyai anak-anak kecil mengambil keputusan untuk tidak lagi berkunjung ke Stadia.

Sebagai contoh, kes pembunuhan penyokong Genoa, Vincenzo Spagnolo, yang ditikam sehingga mati oleh penyokong AC Milan sebelum pertemuan Genoa v Milan pada 26/01/1995 di luar Stadium Luis Ferraris. Tidak cukup dengan itu, kes kematian Filippo Raciti, seorang anggota polis yang bertugas sewaktu Sicilian Derby dan kematian Gabriele Sandri akibat keganasan polis sewaktu cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Lazio dan Juventus.


Gabriele Sandri; gaya seorang Disc Jockey


Selepas berlakunya siri keganasan tersebut, pada 2007, kerajaan Itali telah meluluskan undang-undang yang bertujuan menghadkan bilangan ULTRAS yang boleh berkunjung ke tempat lawan pada setiap perlawanan disamping mengharamkan flare, bunga api serta menambah bilangan anggota keselamatan untuk setiap perlawanan.

Persoalannya disini, adakah ULTRAS secara keseluruhanya adalah jahat?Adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa ULTRAS sedikit sebanyak telah berjaya mencipta sebuah atmosfera yang tidak mungkin dapat diwujudkan dimana-mana sahaja tempat di dunia ini melainkan di stadium itu sendiri dengan pre game choreographed displays atau lebih dikenali sebagai tifo. Atmosfera dan tifo-tifo ini pada sekitar 80-an dan awal 90-an merupakan sesuatu yang tiada tandingannya oleh liga-liga popular di kedai mamak masa kini tontonan geng-geng kepala bana, English Premier League mahupun La Liga.


Juga pemandangan biasa di stadia-stadia sekitar semenanjung Itali

Sejak Tragedi Heysel yang mengorbankan 39 nyawa yang tidak berdosa, ULTRAS sentiasa melihat gerakan mereka itu sebagai pelindung kepada penyokong biasa. Lebih dari itu lagi, ULTRAS melihat mereka ini sebagai 'pelindung' kepada bola sepak Itali. Mereka menentang bola sepak yang dikuasai wang ringgit, pound mahupun euro seperti yang terjadi kepada bola sepak Inggeris kini. Mereka juga turut berjuang dalam mengetatkan kuota pemain import ke Serie A yang mana akan memastikan bakat-bakat muda Itali terjamin dalam beraksi di liga kebanggaan mereka.

Kesimpulanya, ianya adalah sesuatu yang mustahil untuk mengasingkan terus ULTRAS dan bola sepak Itali kerana setiap warga Itali itu begitu mencintai bola sepak mereka lebih daripada segala-galanya.


Freedom to Palestin oleh Gate 15 Panathinaikos

Wednesday, December 7, 2011

Bring on 2012 !!!!

SENARAI RASMI PEMAIN LIGA PERDANA PERLIS 2012.



1. MOHD KHAIRUL AZUAN BIN ROSLI- GK- 25 TAHUN.

2. HAIROL FAZREEN BIN ABU HASSAN -GK-23 TAHUN.

3. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR -GK- 19 TAHUN.

4. PHUL SAKH A/L LOM -DF- 23 TAHUN.

5. MOHAMAD ROZAIDI BIN ABD RAHIM-DF- 23 TAHUN.

6. MUHAMMAD ALIF ASWAT BIN BAHARIN -DF- 22 TAHUN.

7. AMZAR JUNAIDI BIN ABDUL JALIL -DF-25 TAHUN.

8. MOHD HAFIS BIN MOHD FAUZI -DF-25 TAHUN.

9. MOHD NAZRIN BIN BAHARUDIN-DF- 21 TAHUN.

10.MUHAMMAD ELFIE ELYAZ BIN HARIZAM -DF-24 TAHUN.

11.AHMAD KAMAL BIN JAMALLUL RAHMAN -DF-22 TAHUN.

12.PUVINDERAN A/L KALAICHELVAN -DF-29 TAHUN.

13.HADI SYAHMI BIN HAMZAH-MF-20 TAHUN.

14.MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN-MF-25 TAHUN.

15.KHAIROOL ANAS BIN SAFRI-MF-27 TAHUN.

16.SUVINART A/L SHIAN-MF-24 TAHUN.

17.MOHD AZLAN SHAH BIN MANSOR NOR- MF-21 TAHUN

18.LAMIN CONTEH JR-MF- 35 TAHUN.

19.SYED MOHD ABD GHAFAR BIN SYED AMIR-ST-25 TAHUN.

20.MOHD RIZAL BIN MOHD GHAZALI-ST-19 TAHUN.

21MUSTAFA AMINI BIN ISMAIL-ST-21 TAHUN.

22.HENRY LEWIS-ST-19 TAHUN.

23.MOHD KHAIRUL RAMADHAN BIN MOHD ZAUWAWI-ST-23 TAHUN.

24.WAN MOHD ALIF BIN KHAIREE-ST-24 TAHUN.

25.SHAFUAN ADLI BIN SHAARI -ST-26 TAHUN.


Pemain yang kekal dari musim lepas



1. HAIROL FAZREEN BIN ABU HASSAN -GK-23 TAHUN.

2. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR -GK- 19 TAHUN.


3. PHUL SAKH A/L LOM -DF- 23 TAHUN.


4. MOHAMAD ROZAIDI BIN ABD RAHIM-DF- 23 TAHUN.


5. MUHAMMAD ALIF ASWAT BIN BAHARIN -DF- 22 TAHUN.

6. HADI SYAHMI BIN HAMZAH-MF-20 TAHUN.

7.SYED MOHD ABD GHAFAR BIN SYED AMIR-ST-25 TAHUN.

8.MOHD RIZAL BIN MOHD GHAZALI-ST-19 TAHUN.

Lamin Conteh Jr, Otai dan Henry Lewis

Sumber: Singa Utara Perlis

Monday, December 5, 2011

Keep The Faith!


Masalah gaji tertunggak CHECK!
Gagal beraksi dalam Piala Malaysia 2011 CHECK!
Turun ke Liga Perdana 2012 CHECK!
Tukar Coach baru lepas 2 hari latih pasukan CHECK!
Sebulan sebelum sepak mula liga baru start sesi latihan pertama CHECK!
Sebulan sebelum sepak mula liga masih belum ada sebarang perlawanan persahabatan CHECK!
Semua sudah, apa lagi selepas ni pun....

SOKONG TETAP SOKONG!!!!




Misi Nasional; Kesetiaan yang dibanakan

Tanggal 23 November 2011, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah menyaksikan pasukan Harimau Muda yang bergelar Juara Rantau Asia Tenggara untuk kali kedua berturut-turut, turun menentang Syria dalam Kelayakan Olimpik London 2012. Keputusannya, 1 Malaya sudah sedia maklum, Malaysia 0-2 Syria.

Berikut merupakan imej-imej rasmi balaci-balaci BGB yang turun bagi memberi sokongan kepada skuad muda negara untuk perlawanan tersebut. Sebahagian besar balaci-balaci BGB ini yang mana datangnya jauh dari utara tanah air adalah 100% khas untuk berkhidmat bersama-sama Ultras Bana, maafkan saya, Ultras Malaya pada hari tersebut.

Muka-muka optimis sebelum perlawanan

Gaya topboys seorang legend jelas kelihatan disitu

Pintu 2Q pintu kami!

Jalur Gemilang!