Tuesday, December 20, 2011

Sejarah Ringkas Selendang Bola Sepak

Football memorabilia boleh didefinisikan sebagai apa sahaja bentuk koleksi peribadi berasaskan bola sepak yang mampu mengingatkan sang pemilik mengenai the good old days, memori- memori indah masa lampau. Namun apa yang lebih penting, koleksi ini juga menjadi bukti serta medium untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan kita by the showing of club colours. Selendang bola sepak, atau dalam Bahasa Malaysia yang kurang skema, mafla atau scarf bola sepak merupakan antara Football memorabilia yang paling popular dan senang untuk dimiliki.

Football scarves atau mafla mula membuat kemunculan pertama dalam arena pembolasepakan agak lewat, iaitu sekitar tahun 1960-an. Penggunaan mafla waktu itu tidak terhad kepada sekadar untuk memanaskan badan si pemakai di kala musim sejuk sahaja tetapi juga sebagai salah satu medium untuk mewujudkan suatu display yang menampilkan warna pasukan di teres stadium.

Dynamo Kiev

Menyentuh mengenai material yang digunakan pada waktu itu pula, kebanyakkan mafla direka menggunakan material yang diekstrak dari bulu kambing (wool). Namun begitu menjelang penghujung tahun 1970-an, perubahan trend dalam pemakaian mafla dapat dilihat dengan kecenderungan fanatik-fanatik bola sepak waktu itu yang menyukai kain yang seakan-akan sutera tapi bukan sutera daripada kain berasaskan bulu kambing. Namun demikian, atas kefahaman ilmu agama yang mendalam, kebanyakan pemakai mafla yang seakan sutera ini mulai insaf dan kembali ke pangkal jalan dengan kembali menggayakan mafla berbulu kambing.

Bercakap mengenai rekaan dan corak mafla pula, adalah dipercayai bahawasanya rekaan terawal mafla adalah rekaan traditional bar scarf yang berasaskan warna tradisi pasukan. Lazimnya setiap pasukan di Eropah mempunyai sekurang-kurangnya dua warna tradisi dan paling banyak pun tiga warna. Sebagai contoh, Liverpool, Arsenal, Barnsley mahupun Accrington Stanley adalah pasukan yang cukup sinonim dengan warna Merah dan Putih. Sementara Everton, Huddersfield Town, Cardiff City, Bristol Rovers serta Chelsea pula terkenal dengan warna Royal Blue dan White. Pada waktu itu, kelibat sekelompok penyokong di teres belakang gol dengan mafla yang berasaskan warna tradisi kelab mereka adalah sebuah pemandangan biasa yang cukup popular waktu itu.

Biru Kuning itu Perlis!Royal Blue & Gold

Biru Putih Bristol Rovers bla bla bla

Lama-kelamaan, kelab-kelab bola sepak mulai menyedari bahawasanya terdapat peluang komersial disebalik trend dan kegilaan terhadap benda alah berbulu ini. Dan seterusnya, mafla mula menjadi sehelai football memorabilia yang paling dikehendaki seseorang yang bergelar penyokong sebuah kelab bola sepak.

Seterusnya bermula dari saat itu, rekaan mafla mula berevolusi. Bermula dari design tradisional 'kosong' bar scarf, evolusi pertama mula mencorakkan nama kelab bola sepak masing-masing di tengah-tengah mafla. Tidak cukup dengan idea tersebut, bermulalah evolusi kedua yang menyaksikan penambahan logo kelab atau emblem pasukan di kedua-dua hujung mafla.

Crystal Palace

West Ham!




Wigan Athletic

Celtic

Atas kepopularan dan permintaan yang tinggi terhadap mafla-mafla ini menjadikan sesetengah kelab-kelab bola sepak semakin ghairah dalam menghasilkan corak rekaan mafla yang menjamin pulangan yang cukup lumayan. Ketika ini, kelab-kelab mula membayangkan hasil jualan mafla yang pastinya akan meningkat setiap kali pasukan mereka layak ke semi final ataupun final sesuatu kejohanan besar. Bisik hati orang-orang kuat FA kelab, kalau pun tidak berjaya sampai ke peringkat tinggi kalah mati, undian bertemu kelab-kelab 'besar' waktu itu pun sudah cukup untuk menaikan graf permintaan dan jualan mafla mereka. Sebut sahaja cup clash bertemu Liverpool, Everton, Manchester United, Forest, mahupun Leeds United, pasti melompat kegembiraan penyokong-penyokong kelab-kelab kecil liga bawahan seperti Port Vale, Barnet ataupun Swindon Town. Belum lagi dapat mafla tertera nama kelab mereka sebaris dengan kelab-kelab besar tersebut.

Berpunca daripada keghairahan dan hasil pemikiran bernas kepala-kepala bana board of directors kelab-kelab kapitalis tersebut, maka tercetusnyalah idea untuk menghasilkan 'split scarf'; evolusi ketiga dan yang terakhir mafla bola sepak. Split scarf ini pada tanggapan manusia biasa yang cetek ilmu pengetahuan bola sepaknya pasti akan sesedap hati mak bapak mereka sahaja mengkepala banakan si pemakai mafla jenis ini. Masakan tidak, apa kegajahnya seseorang itu memakai sehelai scarf yang menampilkan logo atau emblem dua buah pasukan dalam satu mafla yang sama. Jenis lalang apakah si pemakai ini?

Yang sebenarnya, mafla jenis ini adalah mafla yang dikeluarkan khas untuk suatu-suatu kejohanan yang cukup besar bagi sesebuah kelab bola sepak tersebut, dimana logo kedua-dua pasukan bertanding, berserta tarikh perlawanan, stadium dimana akan berlangsungnya perlawanan tersebut, juga turut dicetak ke atas mafla tersebut. Ianya amat sesuai sebagai tanda kenang-kenangan kepada hari yang bersejarah tersebut tanpa mengambil kira keputusan perlawanan tersebut.

Barca v Manure. Siapa boleh jawab Final Cup apakah ini berserta tahunnya sekali?

Arse v Barca. Bukan Cup final..

Begitulah sedikit sebanyak info mengenai sejarah penggunaan mafla dalam arena pembolasepakan. Konklusinya, mafla bola sepak bukan sahaja digunakan oleh penyokong bola sepak di negara atas angin untuk melawan musim sejuk tetapi juga sebagai medium untuk meunjukkan kebanggan, kecintaan dan kegilaan terhadap pasukan bola sepak kesayangan mereka.

Begitu juga dengan kami di BGB Perlis dimana kami juga ingin menunjukkan kecintaan kami terhadap pasukan kami dengan menunjukkan mafla dan warna sebenar kami; Biru Kuning. Promosi sedang giat dijalankan dan jikalau anda berminat, sila hubungi terus Bendahari II kami, Nazily Coco Mafioso Italiano Macchiato di talian yang tertera di dalam poster di bawah ini. Ayuh anak-anak Perlis kita tunjukkan kecintaan kita terhadap pasukan kita bersama-sama!

3 comments: