Monday, December 19, 2011

Ultras di Itali dan Pengaruhnya terhadap Teres-teres di Sekitar Serie A



Ultras Granata Torino

ULTRAS; merupakan sebuah subjek yang sehingga kini masih kekal menjadi sebuah isu yang sentiasa hangat diperkatakan bila berbicara mengenai Bolasepak Itali. Antara perkara yang sering diperkatakan mengenai ULTRAS dan menarik minat seantero dunia untuk bercakap mengenainya ialah berkenaan 'kuasa istimewa' yang dimiliki ULTRAS tidak kiralah terhadap kelab bola sepak mereka sendiri ataupun ke atas seluruh Semenanjung Itali.

Tambah menarik, tindak-tanduk ULTRAS yang dilihat seolah-olah cuba 'menghalau' segelintir penyokong lain daripada berkunjung ke stadium dengan beberapa siri kekerasan tetapi pada masa yang sama menarik penyokong ke stadium dengan menggunakan Tifo yang dipersembahkan setiap kali sebelum sepakmulanya perlawanan menjadikan ULTRAS itu sebagai sebuah subjek yang cukup menarik dan sukar untuk difahami sesetengah pihak yang akalnya terletak dikepala bana mereka.

Keganasan yang dilihat sebagai biasa-biasa sahaja bagi ULTRAS.

Namun begitu, dengan pengaruh politik yang saban hari semakin ekstrem pada sesetengah kumpulan ULTRAS serta kebencian yang meluap-luap terhadap kerajaan menimbulkan persoalan samada ULTRAS itu mampu untuk bertahan dalam arus pemodenan dan globalisasi yang semakin pesat membangun dalam abad ke-21 ini. Antara persoalan yang sering ditimbulkan ialah "Setiap pasukan bola sepak di Itali mempunyai ULTRAS tetapi adakah setiap pasukan bola sepak di Itali ini memerlukan ULTRAS?"

ULTRA dalam bahasa Latin bermaksud untuk menjadi sesuatu yang melampaui batas-batas yang sedia ada. Berpegang kepada maksud ULTRA itu sendiri, ianya menjadikan ULTRAS sebagai gerakan yang mempunyai semangat cintakan pasukan pada tahap yang cukup kuat serta passion yang cukup menggila terhadap pasukan kesayangan mereka. Itu adalah definisi umum yang setiap kepala bana yang mampu menaip perkataan ULTRAS menggunakan papan kekunci komputer riba mereka dengan bantuan enjin carian google. Apa yang kepala bana-kepala bana ini tidak tahu ialah bagaimana setiap ULTRAS itu berbeza-beza pegangan akidah dan pembawakan dirinya apatah lagi tahap kegilaan sesebuah kumpulan.

Sebagai contoh, majoriti ULTRAS di Semenanjung Itali berpegang kepada aliran politik berhaluan kanan dan hanya segelintir sahaja yang melawan arus dengan berpegang kepada ideologi Left Wing; antaranya Bologna dan Livorno. Seperti yang dijelaskan pada awal karangan ini, pandangan dan pengaruh politik berhaluan kanan ini adalah sangat ekstrem dan ianya mampu dilihat dengan mata kasar di setiap stadia diseluruh Itali.

Sebagai contoh lagi, apa yang sering diperjuangkan puak-puak berhaluan kanan ini di stadia ialah mengenai idea "Patria" yang mereka pegang. Patria, bukan Pariah, ialah sebuah konsep yang merujuk kepada tanah air yang mana didiami oleh segelintir umat yang mewarisi tanah tersebut dari generasi terdahulu. Apa yang sering diperjuangkan golongan berhaluan kanan ini ialah betapa makin kurangnya tahap kebanggaan rakyat Itali dalam bergelar seorang rakyat Itali. Bagi mereka, rakyat Itali masa kini kelihatan seperti tidak berbangga dan tidak bersyukur untuk hidup di sebuah negara seperti Itali. Dan seperti aliran politik lain, mereka menyalahkan model kepelbagaian kaum dan perpaduan yang dibawa kerajaan mereka sebagai punca utama gejala ini berlaku.

Pemandangan biasa di Stadia-stadia di Itali. Roma.

White power!Ascoli.

Menurut mereka lagi, bagi memastikan keamanan dari sudut sosial sesebuah masyarakat itu dipelihara, identiti sesebuah negara itu perlulah terlebih dahulu dihormati dan diletak pada tahap yang sepatutnya. Mereka juga sering menjadikan United Kingdom sebagai contoh betapa kerajaan yang cuba mengamalkan toleransi terhadap rakyat berbilang kaum, akan sentiasa mengambil pendekatan menyebelahi rakyat berbilang kaum berbanding 'penduduk asal' UK yang akhirnya mampu mewujudkan keadaan sosial yang tidak seimbang.

Di teres-teres di sekitar Itali, 'kebimbangan' puak-puak berhaluan kanan ini terhadap isu sosial berkaitan "Patria" ini mampu dilihat dalam isu berkaitan Mario Balotelli ketika beliau masih berhingus dan bermain untuk Inter Milan. Beliau terpaksa berhadapan dengan "Racists Chants" setiap kali bermain dan untuk perlawanan menentang Juventus, Roma dan Chievo yang mana ianya pasti merupakan sebuah pengalaman yang 'istimewa' untuk 'negro di merda' ini.

Berhenti panggil saya Negro di Merda!

Anehnya, ULTRAS di Itali jarang sekali melihat gerakan mereka itu sebagai sebuah gerakan yang berpegang kepada ideologi perkauman atau racists. Apa yang lebih menarik, ULTRAS juga dilihat sering kali cuba untuk menjauhkan diri daripada tuduhan racists yang mana sebenar-benarnya, mereka memang agak racists.

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan kumpulan ULTRAS mula diwujudkan bermula dari sekitar tahun1970 sehingga 1980. Era ini memang cukup terkenal sebagai era of social unrest di Itali yang mana kebanyakan protes terhadap isu sosial sering kali berhubung kait dengan keganasan politik sering berlaku. Atas sebab itu jugalah yang mempengaruhi keganasan yang dicetuskan ULTRAS dalam perkembangan awal pergerakan ini. Begitu juga dengan pergaduhan atas sebab bola sepak yang sering berlaku. Dan beberapa siri keganasan terutamanya yang berprofile tinggi telah membuatkan keluarga-keluarga Itali yang mempunyai anak-anak kecil mengambil keputusan untuk tidak lagi berkunjung ke Stadia.

Sebagai contoh, kes pembunuhan penyokong Genoa, Vincenzo Spagnolo, yang ditikam sehingga mati oleh penyokong AC Milan sebelum pertemuan Genoa v Milan pada 26/01/1995 di luar Stadium Luis Ferraris. Tidak cukup dengan itu, kes kematian Filippo Raciti, seorang anggota polis yang bertugas sewaktu Sicilian Derby dan kematian Gabriele Sandri akibat keganasan polis sewaktu cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Lazio dan Juventus.


Gabriele Sandri; gaya seorang Disc Jockey


Selepas berlakunya siri keganasan tersebut, pada 2007, kerajaan Itali telah meluluskan undang-undang yang bertujuan menghadkan bilangan ULTRAS yang boleh berkunjung ke tempat lawan pada setiap perlawanan disamping mengharamkan flare, bunga api serta menambah bilangan anggota keselamatan untuk setiap perlawanan.

Persoalannya disini, adakah ULTRAS secara keseluruhanya adalah jahat?Adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa ULTRAS sedikit sebanyak telah berjaya mencipta sebuah atmosfera yang tidak mungkin dapat diwujudkan dimana-mana sahaja tempat di dunia ini melainkan di stadium itu sendiri dengan pre game choreographed displays atau lebih dikenali sebagai tifo. Atmosfera dan tifo-tifo ini pada sekitar 80-an dan awal 90-an merupakan sesuatu yang tiada tandingannya oleh liga-liga popular di kedai mamak masa kini tontonan geng-geng kepala bana, English Premier League mahupun La Liga.


Juga pemandangan biasa di stadia-stadia sekitar semenanjung Itali

Sejak Tragedi Heysel yang mengorbankan 39 nyawa yang tidak berdosa, ULTRAS sentiasa melihat gerakan mereka itu sebagai pelindung kepada penyokong biasa. Lebih dari itu lagi, ULTRAS melihat mereka ini sebagai 'pelindung' kepada bola sepak Itali. Mereka menentang bola sepak yang dikuasai wang ringgit, pound mahupun euro seperti yang terjadi kepada bola sepak Inggeris kini. Mereka juga turut berjuang dalam mengetatkan kuota pemain import ke Serie A yang mana akan memastikan bakat-bakat muda Itali terjamin dalam beraksi di liga kebanggaan mereka.

Kesimpulanya, ianya adalah sesuatu yang mustahil untuk mengasingkan terus ULTRAS dan bola sepak Itali kerana setiap warga Itali itu begitu mencintai bola sepak mereka lebih daripada segala-galanya.


Freedom to Palestin oleh Gate 15 Panathinaikos

6 comments:

  1. pada pendapat aku mereka lebih layak digelar hooligans. bukan ultras.

    ReplyDelete
  2. Kenapa mereka layak digelarkan Hooligans..sedang Ultra boleh menjadi lebih ganas daripada Hooligans....

    ReplyDelete
  3. hooligan n ultras more to same dlm mnykong team2 mereka.cume cara mlakukan b'beza..

    ReplyDelete
  4. ramai org lupe yg semua budaya penyokong bola sepak yg ade dlm dunie ni sbnrnye berasal dari casual culutre yg bertapak di UK.semua hooligans ke ultra ke watever pon la yg ade kt eropah tu diorg teramat la menghormati firm-firm yg ade dkt UK. sbb kt situ la bermula segala-galanye.

    ReplyDelete
  5. Torcida Split telah diperakui oleh semua firm2 kat Europe sebagai firm yg mula wujud kat europe....

    ReplyDelete