Tuesday, January 24, 2012

Permulaan Untuk Segala-galanya di Tahun 2012..

Umum mengetahui bahawasannya sepak mula Liga Malaysia 2012 bermula sebaik sahaja tiupan wisel permulaan pada perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan dua buah pasukan juara; Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Januari 2012. Namun bagi kita yang dikelas kedua dalam sistem kasta bola sepak Malaysia, perlawanan pertama melibatkan pasukan kesayangan kita hanya bermula pada 9 Januari 2012 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, menentang sebuah pasukan kelab berstatus pasukan 'Daerah', Majlis Perbandaran Muar.

Berdasarkan status pasukan; sebuah pasukan negeri menentang sebuah pasukan daerah, perlawanan ini tampak bakal memihak kepada pasukan kesayangan kita. Lebih-lebih lagi dengan 'persiapan rapi' pihak pengurusan yang telah bertungkus lumus menyiapkan pasukan dari 'tahun lepas lagi'. Tambahan pula dengan keputusan-keputusan memberangsangkan yang telah dicatatkan pasukan kesyangan kita dalam '15 perlawanan persahabatan' yang telah diatur pihak pengurusan sepanjang tempoh pre-season, ianya sedikit sebanyak telah berjaya mengembalikan sokongan dan kepercayaan peminat dan seluruh rakyat negeri Perlis untuk kembali menyokong pasukan yang suatu masa dahulu sangat disegani di Malaysia. Atas fakta-fakta yang kukuh ini jugalah yang berjaya menyakinkan sekumpulan anak-anak muda liar untuk travel bersama pasukan ke bumi Muar bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan.

Namun demikian, Muar, sebuah daerah di selatan tanah air yang mana berdasarkan Google Map, terletak kira-kira 683 km dari pekan Kangar, telah menyaksikan sebuah catatan ngeri bola sepak Perlis dan tanah air yang mana keputusan perlawanan tersebut menyaksikan MP Muar menibai Perlis dengan jaringan 7-2. Tidak mahu bercerita panjang lebar mengenai apa yang terjadi pada perlawanan tersebut, mari kita saksikan sedikit foto yang dirakamkan pada hari kejadian tersebut


Naik Viva sampai Muar bai!


"Jangan lupa singgah Tangkak beli kain langsir untuk raya tahun depan noh Paan!". Ujar ibu Paan kepada Paan.

Depa kata geng-geng ni dok mengai...

Hurmm..

Game dah habis, jom pekena Mee Bandung!

Geng-geng yang terselamat episod ngeri di Muar..

Baik, selesai perlawanan, selepas masing-masing sudah selamat sampai dirumah masing-masing dan tak dapat tidur dalam 2,3 malam, terhasilah logo ini. Ingin tahu lebih lanjut mengenai sebab musabab logo ini diketengahkan, sila baca sini, sini, sini, sini, dan sini.


Friday, January 6, 2012

Ups and Downs of 2011

Maaf review of the season kita agak sedikit terlewat. Bukan apa, masing-masing sedang sibuk dengan persiapan musim baru yang sudah tidak lama lagi akan bermula. Jadi, tanpa membazirkan perkataan apa kata kita ikuti sedikit imbasan musim yang cukup perit dan menyakitkan iaitu musim lalu, hasil nukilan Designer Hasrul Hizuwan aka Pique De Cesca. Terimalah lagu yang berjudul, Semalam di Liga Super!

BGB, ataupun Ultras Perlis ini pada mulanya bergerak atas nama Singa Utara Die Hard Fan (SUDHF). Yang mana ahli-ahlinya sememangnya langsung tidak mengenali antara satu sama lain melainkan hanya kenal di laman sosial Facebook. Idea untuk mewujudkan Ultras Perlis bermula apabila melihat perkembangan yang memberansangkan dari Ultras Malaya. Ditambah pula dengan menyusulnya ultras-ultras negeri yang lain, mengapa tidak Perlis mempunyai sebuah gerakan yang sama.

Bermula dengan hanya bertukar-tukar pendapat melalui Facebook namun kemudianya pergerakkan ini mula mendapat sokongan. Cadangan membuka empayar Ultras Perlis diterima baik oleh penyokong fanatik Perlis. Dari hari ke hari komuniti semakin bertambah. Dari situ masing-masing mengenali antara satu sama lain.

Langkahan ke Bukit Jalil final AFF Suzuki Cup 2010 juga menyaksikan sebuah sejarah tercatit. Selepas tamat perlawanan, di perkarangan stadium, otai Ultras Malaya telah mengadakan briefing dengan kami yang masih baru. Banyak input yang diberikan. Bermula dari situlah semangat untuk mewujudkan Ultras Perlis semakin membara.

Sebaik sahaja pulang dari Bukit Jalil, ahli-ahli SUDHF bersepakat untuk mengadakan komplot pertama untuk sama-sama berhimpun mengenali satu sama lain dan mengadakan latihan chant pertama di perkarangan Stadium Utama Negeri, Kangar. Sambil diketuai seorang leader aka Capo yang sangat macho.

Bermula dari itu, ahli SUDHF semakin bertambah dari hari ke hari. Dengan facebook sebagai medium utama untuk berbincang segala perancangan untuk mewujudkan pergerakkan Ultras di bumi Perlis.

Setelah komplot demi komplot untuk berlatih chant, akhirnya pada tarikh 28 januari 2011,sehari sebelum perlawanan pertama liga super 2011 antara Pahang dan Perlis, sebelum pasukan bergerak ke Pahang, SUDHF berkumpul untuk sama2 menyanyikan lagu semangat sebelum mereka menaiki bas untuk ke Darul Makmur. Suasana ketika itu penuh semangat.

Manakala debut pertama SUDHF di dalam stadium adalah pada pertemuan pertama Liga Super di Stadium Utama Negeri iaitu pada 1 Februari, menentang pasukan Selangor. Detik itu menjadi sejarah kerana buat kali pertama Ultras Perlis secaranya rasminya mula menonjolkan diri secara rasmi. Iringan chant serta sorakan untuk pasukan tetap bergema dengan lantang walaupon masih belum mempunyi set drum untuk di gunakan sebagai iringan. Walaupon masih ada kekurangan, tapi semangat tetap tidak pernah luntur walaupon Perlis tewas pada perlawanan tersebut. Pada game tersebut juga sejarah tercipta di Stadium Utama kerana buat pertama kalinya flare di nyalakan di dalam stadium.

Bermula dari situ, Ultras Perlis tidak memandang ke belakang lagi. Segala perancangan di lakukan untuk memantapkan lagi pergerakan ini. Bermula dengan penukaran nama yang lebih menarik dan 'garang'. Setelah perbincangan dan persetujuan semua komrad, akhirnya semua bersepakat memilih nama BRIGATE GIALLOBLU sebagai nama rasmi pergerakkan Ultras Perlis. Logo rasmi mula di cipta dan semua bersepakat memilih logo yang di guna pakai sekarang.

Sejak dari itu BGB semakin bergerak ke hadapan dengan pelbagai rancangan dan aktiviti di lakukan untuk memastikan BGB semakin 'mengaum'. Penghasilan banner-banner Brigate Gialloblu dan juga Flags BGB di lakukan secara berjemaah. Banner di hasilkan secara HAND MADE, dengan semua komrad mengambil bahagian dalam 'pertandingan mengecat banner beramai-ramai' yang akhirnya di juarai oleh semua komrad!! (terpaksa berkongsi hadiah).

Seterusnya penghasilan sticker2 yang akan di gunakan ketika away game. Sebut pasai away game, away game pertama BGB adalah pada 5 April 2011 yakni pada hari Selasa bertempat di Stadium IPOH, Perak menentang pasukan Seladang. Dengan menggunakan sebuah van yang di sewa, komrad dari perlis turun ke Ipoh dan di sana menanti beberapa komrad yang datang dari Lembah Klang. Malangnya pada perlawanan tersebut Perlis tetap malu-malu untuk mencatatkan kemenangan.

Tapi akhirnya kemenangan pertama muncul jua pada tarikh 16 April 2011. Kemenangan pertama Singa Utara iaitu ketika menentang Negeri Sembilan. Lebih bermakna kemenangan itu berlaku di kandang Singa. Auuummm!!

Lupakan pasai kemenangan sebab seperti yang kita sedia maklum Perlis hanya menang 2 perlawanan sahaja untuk musim 2011. Sedihkan? Buat kali pertama di alaf baru, perlis terpaksa turun ke Liga Perdana. Tapi jangan terlalu meratap sangat, sebab untuk musim 2012, BGB tetap ada bersama pasukan (bukan persatuan).

Wednesday, January 4, 2012

Stretford End; Sebuah Sejarah Ringkas



Stretford End. Pengikut Manchester United Football Club; simbol keagungan bola sepak moden, mana yang tak tahu benda alah apa itu Stretford End. Bagi penyokong Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Spurs, Stretford End ini merupakan sebuah stand atau teres penonton di Old Trafford. Menurut cerita orang tua-tua, Stretford End suatu masa dahulu merupakan sebuah stand yang paling vokal, paling terkenal dan paling hardcore di antara semua stand di Old Trafford.

Reputasi Stretford End yang cukup terkenal ini adalah disebabkan ianya suatu masa dahulu adalah stand utama yang menempatkan standing area; all terrace stand tanpa tempat duduk plastik yang biasa kita lihat kini. Dengan kapasiti stand yang mampu memuatkan lebih kurang 20 000 orang penonton pada suatu-suatu masa, sorakan dari seluruh stand ini mampu mengalahkan bunyi sebuah Jumbo Jet semasa sedang berlepas. Fenomena dan reputasi besar Stretford End ini semaking tenggelam dan suram menjelang awal 90-an bila mana syarat dan undang-undang all seater stadium diguna pakai sebelum bermulanya musim 1994-1995 liga yang lebih banyak berkiblatkan wang ringgit, euro dan pound. Selebihnya, sila tonton sendiri video dokumentari pendek yang cukup menyedihkan ini.

Harapnya, agar kita di Malaysia ini dapat belajar sesuatu daripada 'musibah' yang melanda sebuah section yang cukup tinggi passionnya terhadap bola sepak dan pasukan kesayangan mereka suatu masa dahulu. Apa yang lebih penting ialah, agar apa yang sedang terjadi kini di kebanyakkan stadium di England, dan bukan sahaja di Old Trafford, tidak berlaku dan diguna pakai di Malaysia. Meminjam kata-kata Jock Stein, "Football without the fans is nothing!" dan bila mana fans 'dipaksa' untuk mengehadkan tahap passion mereka terhadap pasukan, ianya adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.


Old Trafford 1908; fans Manure yang tak tahu Stretford End belah mana, esok boleh mula sokong NS Betaria. Liga Perdana pun dah tak lama lagi nak mula.

Stretford End Teres sebelum tahun 1993


Criminal!the one with the tiny flag!

Bloody criminal?


Sunday, January 1, 2012

Local Football!




Pernahkah anda terfikir mengapa anda selalu sangat mengambil berat?Maksud saya, dengan servis terbaik dan pelbagai dari rangkaian televisyen satelit kapitalis anda, bukankah lagi mudah untuk mengabaikan terus bola sepak tempatan kita

Dari
rangkaian televisyen satelit kapitalis ini juga, dengan hanya menekan beberapa punat dari remote control televisyen, anda dihidangkan dengan analisis 'pakar-pakar' bola sepak, preview perlawanan, laporan post-match serta yang paling menarik, and mampu menikmati suasana perlawanan dari pelbagai sudut menarik yang mampu dijelmakan kamera berteknologi tinggi serta yang paling penting, High Definition

Jikalau dibandingkan dengan Irish League Football (Baca M-League), memang merupakan suatu perbandingan yang amat berat sebelah. Jadi kenapa kita masih mengambil berat dan peduli dengan bola sepak kita?

Mungkin ianya kerana ada kaitan dengan sense of belonging, rasa bangga yang teramat sangat dengan kelompok komuniti tempatan kita.
Pasukan tempatan anda, adalah pasukan anda sendiri
Anda kenal pemain pasukan anda itu. Mereka juga tidak ubah seperti anda; bukan superstar dari planet lain
Anda juga kerap kali melalui serta bergerak berdekatan stadium anda. Anda faham sangat tentang bagaimana keadaan asalnya stadium kebanggaan ini. Anda menyaksikan sendiri bagaimana stadium ini dibaik pulih saban tahun; lampunya, tempat duduknya

Dan seterusnya, bila tiba waktu perlawanan, perasaan bila mana setiap apa yang berlaku diatas padang memihak kepada pasukan anda. Kemenangan minit-minit terakhir disambut bersama-sama rakan seperjuangan begitu juga di kala sedih dan berdukacita. Semuanya disambut bersama-sama.

Tamat perlawanan, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, anda disapa dengan soalan "Camna tadi?", merujuk kepada keputusan serta prestasi pasukan anda. Secara tidak langsung, masyarakat melihat anda sebagai seorang penyokong sejati.

Dan nerakalah tempat mereka yang berani mengutuk anda serta pasukan anda, terutamanya kepada kepala-kepala bana yang menyokong pasukan-pasukan tertentu yang mana kelibat pasukan serta pemain idola mereka, hanya mampu mereka lihat dari kaca televisyen sahaja.

Apa yang mereka sibuk sangat dengan kegilaan anda terhadap bola sepak tempatan?Pada mereka, ianya tidak akan sama sekali menjahanamkan hujung minggu mereka sekiranya pasukan 'mereka' kalah atau gagal memungut tiga mata penuh.
Biarkan sahaja mereka dengan jersey replika buatan Siam Gred AAA mereka. Mereka bukan penyokong, mereka hanyalah pak turut kapitalis ataupun pelanggan tetap gedung-gedung online menjual jersi buatan Siam.

Untuk anda, bola sepak tempatan itu amat-amat berbeza sekali. Ianya sangat penting dan sangat-sangat bermakna.

Karya Martin Harris