Tuesday, January 24, 2012

Permulaan Untuk Segala-galanya di Tahun 2012..

Umum mengetahui bahawasannya sepak mula Liga Malaysia 2012 bermula sebaik sahaja tiupan wisel permulaan pada perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan dua buah pasukan juara; Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Januari 2012. Namun bagi kita yang dikelas kedua dalam sistem kasta bola sepak Malaysia, perlawanan pertama melibatkan pasukan kesayangan kita hanya bermula pada 9 Januari 2012 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, menentang sebuah pasukan kelab berstatus pasukan 'Daerah', Majlis Perbandaran Muar.

Berdasarkan status pasukan; sebuah pasukan negeri menentang sebuah pasukan daerah, perlawanan ini tampak bakal memihak kepada pasukan kesayangan kita. Lebih-lebih lagi dengan 'persiapan rapi' pihak pengurusan yang telah bertungkus lumus menyiapkan pasukan dari 'tahun lepas lagi'. Tambahan pula dengan keputusan-keputusan memberangsangkan yang telah dicatatkan pasukan kesyangan kita dalam '15 perlawanan persahabatan' yang telah diatur pihak pengurusan sepanjang tempoh pre-season, ianya sedikit sebanyak telah berjaya mengembalikan sokongan dan kepercayaan peminat dan seluruh rakyat negeri Perlis untuk kembali menyokong pasukan yang suatu masa dahulu sangat disegani di Malaysia. Atas fakta-fakta yang kukuh ini jugalah yang berjaya menyakinkan sekumpulan anak-anak muda liar untuk travel bersama pasukan ke bumi Muar bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan.

Namun demikian, Muar, sebuah daerah di selatan tanah air yang mana berdasarkan Google Map, terletak kira-kira 683 km dari pekan Kangar, telah menyaksikan sebuah catatan ngeri bola sepak Perlis dan tanah air yang mana keputusan perlawanan tersebut menyaksikan MP Muar menibai Perlis dengan jaringan 7-2. Tidak mahu bercerita panjang lebar mengenai apa yang terjadi pada perlawanan tersebut, mari kita saksikan sedikit foto yang dirakamkan pada hari kejadian tersebut


Naik Viva sampai Muar bai!


"Jangan lupa singgah Tangkak beli kain langsir untuk raya tahun depan noh Paan!". Ujar ibu Paan kepada Paan.

Depa kata geng-geng ni dok mengai...

Hurmm..

Game dah habis, jom pekena Mee Bandung!

Geng-geng yang terselamat episod ngeri di Muar..

Baik, selesai perlawanan, selepas masing-masing sudah selamat sampai dirumah masing-masing dan tak dapat tidur dalam 2,3 malam, terhasilah logo ini. Ingin tahu lebih lanjut mengenai sebab musabab logo ini diketengahkan, sila baca sini, sini, sini, sini, dan sini.


No comments:

Post a Comment