Friday, January 6, 2012

Ups and Downs of 2011

Maaf review of the season kita agak sedikit terlewat. Bukan apa, masing-masing sedang sibuk dengan persiapan musim baru yang sudah tidak lama lagi akan bermula. Jadi, tanpa membazirkan perkataan apa kata kita ikuti sedikit imbasan musim yang cukup perit dan menyakitkan iaitu musim lalu, hasil nukilan Designer Hasrul Hizuwan aka Pique De Cesca. Terimalah lagu yang berjudul, Semalam di Liga Super!

BGB, ataupun Ultras Perlis ini pada mulanya bergerak atas nama Singa Utara Die Hard Fan (SUDHF). Yang mana ahli-ahlinya sememangnya langsung tidak mengenali antara satu sama lain melainkan hanya kenal di laman sosial Facebook. Idea untuk mewujudkan Ultras Perlis bermula apabila melihat perkembangan yang memberansangkan dari Ultras Malaya. Ditambah pula dengan menyusulnya ultras-ultras negeri yang lain, mengapa tidak Perlis mempunyai sebuah gerakan yang sama.

Bermula dengan hanya bertukar-tukar pendapat melalui Facebook namun kemudianya pergerakkan ini mula mendapat sokongan. Cadangan membuka empayar Ultras Perlis diterima baik oleh penyokong fanatik Perlis. Dari hari ke hari komuniti semakin bertambah. Dari situ masing-masing mengenali antara satu sama lain.

Langkahan ke Bukit Jalil final AFF Suzuki Cup 2010 juga menyaksikan sebuah sejarah tercatit. Selepas tamat perlawanan, di perkarangan stadium, otai Ultras Malaya telah mengadakan briefing dengan kami yang masih baru. Banyak input yang diberikan. Bermula dari situlah semangat untuk mewujudkan Ultras Perlis semakin membara.

Sebaik sahaja pulang dari Bukit Jalil, ahli-ahli SUDHF bersepakat untuk mengadakan komplot pertama untuk sama-sama berhimpun mengenali satu sama lain dan mengadakan latihan chant pertama di perkarangan Stadium Utama Negeri, Kangar. Sambil diketuai seorang leader aka Capo yang sangat macho.

Bermula dari itu, ahli SUDHF semakin bertambah dari hari ke hari. Dengan facebook sebagai medium utama untuk berbincang segala perancangan untuk mewujudkan pergerakkan Ultras di bumi Perlis.

Setelah komplot demi komplot untuk berlatih chant, akhirnya pada tarikh 28 januari 2011,sehari sebelum perlawanan pertama liga super 2011 antara Pahang dan Perlis, sebelum pasukan bergerak ke Pahang, SUDHF berkumpul untuk sama2 menyanyikan lagu semangat sebelum mereka menaiki bas untuk ke Darul Makmur. Suasana ketika itu penuh semangat.

Manakala debut pertama SUDHF di dalam stadium adalah pada pertemuan pertama Liga Super di Stadium Utama Negeri iaitu pada 1 Februari, menentang pasukan Selangor. Detik itu menjadi sejarah kerana buat kali pertama Ultras Perlis secaranya rasminya mula menonjolkan diri secara rasmi. Iringan chant serta sorakan untuk pasukan tetap bergema dengan lantang walaupon masih belum mempunyi set drum untuk di gunakan sebagai iringan. Walaupon masih ada kekurangan, tapi semangat tetap tidak pernah luntur walaupon Perlis tewas pada perlawanan tersebut. Pada game tersebut juga sejarah tercipta di Stadium Utama kerana buat pertama kalinya flare di nyalakan di dalam stadium.

Bermula dari situ, Ultras Perlis tidak memandang ke belakang lagi. Segala perancangan di lakukan untuk memantapkan lagi pergerakan ini. Bermula dengan penukaran nama yang lebih menarik dan 'garang'. Setelah perbincangan dan persetujuan semua komrad, akhirnya semua bersepakat memilih nama BRIGATE GIALLOBLU sebagai nama rasmi pergerakkan Ultras Perlis. Logo rasmi mula di cipta dan semua bersepakat memilih logo yang di guna pakai sekarang.

Sejak dari itu BGB semakin bergerak ke hadapan dengan pelbagai rancangan dan aktiviti di lakukan untuk memastikan BGB semakin 'mengaum'. Penghasilan banner-banner Brigate Gialloblu dan juga Flags BGB di lakukan secara berjemaah. Banner di hasilkan secara HAND MADE, dengan semua komrad mengambil bahagian dalam 'pertandingan mengecat banner beramai-ramai' yang akhirnya di juarai oleh semua komrad!! (terpaksa berkongsi hadiah).

Seterusnya penghasilan sticker2 yang akan di gunakan ketika away game. Sebut pasai away game, away game pertama BGB adalah pada 5 April 2011 yakni pada hari Selasa bertempat di Stadium IPOH, Perak menentang pasukan Seladang. Dengan menggunakan sebuah van yang di sewa, komrad dari perlis turun ke Ipoh dan di sana menanti beberapa komrad yang datang dari Lembah Klang. Malangnya pada perlawanan tersebut Perlis tetap malu-malu untuk mencatatkan kemenangan.

Tapi akhirnya kemenangan pertama muncul jua pada tarikh 16 April 2011. Kemenangan pertama Singa Utara iaitu ketika menentang Negeri Sembilan. Lebih bermakna kemenangan itu berlaku di kandang Singa. Auuummm!!

Lupakan pasai kemenangan sebab seperti yang kita sedia maklum Perlis hanya menang 2 perlawanan sahaja untuk musim 2011. Sedihkan? Buat kali pertama di alaf baru, perlis terpaksa turun ke Liga Perdana. Tapi jangan terlalu meratap sangat, sebab untuk musim 2012, BGB tetap ada bersama pasukan (bukan persatuan).

No comments:

Post a Comment