Sunday, February 5, 2012

Rombongan BGB Perlis menyokong Skuad Harimau Muda pada Kelayakan Olimpik di Bukit Jalil!


Sebagai rekod, tajuk posting ini, yang juga merupakan nama tidak rasmi trip ini; "Rombongan BGB Perlis menyokong Skuad Harimau Muda pada Kelayakan Olimpik di Bukit Jalil!", adalah tajuk posting yang paling panjang sekali dalam sejarah blog BGB. Seperti yang dapat diperhatikan dalam poster serta tajuk posting ini, BGB Perlis akan mengadakan satu rombongan ala-ala rombongan cuti akhir tahun sekolah ke Bukit Jalil bagi Perlawanan Kelayakan Olimpik antara Skuad Harimau Muda negara menentang Jepun.

Rombongan dijadualkan bertolak pada hari Rabu bersamaan 22/02/2012 pada pukul 7.00 pagi dan bertolak pulang pada sebelah malam hari yang sama selepas selesai acara minum-minum dan membeli buah tangan di gerai-gerai sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil. Bayaran yang dikenakan tidaklah mahal dan tidak juga murah, cukup-cukup berpatutan dengan harga, hanya RM80 termasuk tiket yang berharga RM30.

Sarapan pagi, katanya bakal disediakan oleh AJK Makanan yang cukup terkenal di daerah-daerah Selatan Thailand, siapa lagi kalau bukan, Abang Sakaki Makio. Sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam perlawanan home terakhir Skuad Negara dalam Pusingan Kelayakan Olimpik London 2012 ini bolehlah menghubungi Encik Ainal dan Encik Nazily yang nombor telefon mereka yang kacak berdua ini dapat dilihat di dalam poster tersebut. Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara!Jangan Ambil Rasuah, nanti perut berulat!Bye-bye!