Thursday, March 22, 2012

Flare



Menurut cerita orang-orang tua, sejarah bermulanya penggunaan suar atau dalam bahasa moden budak-budak Ultras masa kini, Flare, di stadium sewaktu berlangsungnya perlawanan bola sepak ada tidak lebih dari 3 versi cerita. Versi yang paling terkenal dan paling banyak ditarbiyahkan kepada seluruh umat Ultras sedunia ialah penggunaan flare di stadium yang paling awal sekali, dimulai oleh sebuah pasukan persisir pantai di Split, Croatia oleh penyokong fanatik yang menggelarkan diri mereka Torcida Split. Versi atau teori ini adalah berasaskan kepada andaian yang bahawasanya bekalan flare lebih mudah diperolehi oleh sebuah pasukan persisir pantai hasil kegiatan mereka yg berkait rapat dengan industri marin dan perkapalan.

Versi kedua yang sedikit kurang terkenal pula menceritakan sebaliknya. Versi ini mendakwa yang penggunaan flare di Split sebenarnya adalah sedikit ketinggalan dan lewat berbanding di tempat asal yang mana bermulanya sejarah penggunaan flare ini, iaitu di Amerika Selatan; lebih tepat lagi di Rio de Janeiro oleh Torcida Jovem do Botafogo, kelompok fanatik sebuah kelab Brazil, Botafogo. Menurut versi kedua ini lagi, nama Torcida yang digunapakai oleh kelompok penyokong fanatik Hajduk Split itu sebenarnya telah dieksport ke Croatia dari tempat asalnya gerakan Torcida Organizada iaitu di Brazil. Dakwaan ini tampak agak kuat apabila disokong dengan tahun penubuhan kelab Botafogo de Futbol e Regatas yang ternyata lebih awal 16 tahun daripada HNK Hajduk Split.

Manakala versi ketiga pula adalah versi yang paling tidak terkenal dan agak sedikit melampau ialah penggunaan Flare di stadium bermula di Indonesia atas anggapan yang Indonesia secara amnya suka untuk menklaim =p

Abaikan versi ketiga, tidak kiralah versi mana yang anda pegang dan percaya, namun hakikatnya ialah pergerakan Ultras Itali yang meletup di penghujung tahun 60'an-lah yang telah mempopularkan kembali penggunaan Flare di stadium. Video di atas dipercayai adalah video mengenai penggunaan flare yang paling awal sekali direkodkan iaitu pada tahun 1950/51 yang direkodkan ketika perlawanan AS Roma menentang Napoli. Perlu diingat yang bahawasanya, tidak ada satu kumpulan penyokong fanatik pun yang berani mengaku bahawa merekalah yang mula-mula sekali menggunakan Flare di stadium di dalam ini donia atas kekurangan rekod, artifak, buku log mahupun bahan bukti lain tetapi siapa yang ada video mengenai flare yang lebih awal dari tahun 1950 sila kongsikan disini untuk anda 'klaim' sebangai orang pertama yang mempunyai video sedemikian rupa