Thursday, October 4, 2012

Masih adakah Harapan

orang Perlis orang yg plg sopan. semangat kenegerian dan kesukanan rendah. pasukan rosak teruk, main liga fam tapi takdak demonstrasi, piket.. tengok terengganu, pasukan goyang skit dah buat demo, lancarkan kempen ABC. aku tak salahkan orang perlis, mungkin depa dah tak mengharapkan apa2 dengan bolasepak Perlis. tapi ingatlah masih ada yg sygkan bolasepak Perlis. kalau dalam politik kita boleh tunjukkan kuasa rakyat, kenapa dalam bolasepak kita tak boleh tunjukkan kuasa penyokong?

Wednesday, October 3, 2012

Penaja Rasmi Perlis FA Musim 2013 Sudah diumumkan!

Belum pun reda spekulasi hangat mengenai penggunaan duit pinjaman along dalam pentadbiran PFA, timbul pula desas-desus yang mengatakan, PFA telah menandatangani perjanjian bernilai ratusan juta ringgit untuk mengharungi Liga FAM musim depan.

Menurut desas-desus tersebut, terdapat sebanyak tiga set rekaan jersi rasmi pasukan berserta penaja utama yang kini sedang diberi penilaian akhir oleh panel pengurusan PFA. Berikut merupakan 3 set rekaan jersi rasmi pasukan Perlis musim depan yang sempat pihak kami rakamkan.

Bagi menghargai sokongan peminat sepanjang tempoh membanggakan musim ini, pihak PFA telah sudi untuk mendengar komen berkenaan rekaan yang paling sempoi. Komen yang terbaik akan menerima sebuah set jersi sumbangan fapdu.com.


Kebanggaan Rakyat Perlis


3 Oktober 2012. Hari ini satu catatan sejarah serta rekod baru dunia berjaya dicatatkan oleh sebuah pasukan bola sepak yang serba lain dari yang lain di utara tanah air. Sejarah yang dicatatkan ialah tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai 'pengorbanan' seorang presiden persatuan bola sepak yang sangat professional serta mulia akhlaknya, telah meminjam 'sedikit' dana dari Along untuk kesejahteraan kewangan persatuan bola sepak beliau yang disayangi. Sungguh mulia bukan hati seorang presiden. Kami di BGB Perlis dengan ini ingin menadah tangan dan mendoakan kesejahteraan tuan presiden kita yang disayangi serta menyegerakan secepat mungkin keberambusan beliau dari Persatuan Bola Sepak Perlis. Amin yarabal 'alamin.

Tuesday, October 2, 2012

Selamatkan Rohingya

Say No to Racism
Life is about love