Wednesday, December 19, 2012

Perlis 0-3 Perak

Credit to Din Jejawi


Perlis 0-3 Perak. Keputusan perlawanan yang bagi kami tidak mencerminkan keseluruhan permainan. Usaha yang baik ditunjukkan oleh pasukan kita tetapi masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki. Barisan pertahanan nampak mantap secara keseluruhanya cuma ada sikit mistake besaq yang membolehkan Perak menjaringkan 2 gol mudah; berpunca dari pemain pertahanan yang sama. Barisan tengah pun tidak mengecewakan. Cumanya barisan depan sajalah yang agak sedikit mengecewakan. Cerita banyak pun tak guna, kita layan gambaq sajalah. Jangan lupa perlawanan persahabatan kita seterusnya bertemu Pulau Pinang pada 22/12/12. Mari sama-sama penuhkan stadium kita kembali!
Game on!

Sebelum sepak mula
Senarai nama penuh pasukan kita yang cukup misteri
Segerombolan Penyangak Stadium
Lepas game lepak Shah makan Chicken Chop. Apa nak kata!


Sunday, December 16, 2012

Piala FA 2013

Laluan penuh berliku Piala FA 2013.
Sawadeekap dan tutup buku AFF Suzuki Cup. Hebahan umum kali ini ingin memperkatakan mengenai Piala FA 2013; laluan pasukan kita, perancangan BGB serta persiapan yang sedang dilakukan barisan pengurusan semi-bangang Persatuan Bola Sepak Perlis PFA sekarang ni.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pasukan kita diundi bertemu pasukan yang diramalkan akan bertambah mantap musim depan, The Titans, atau nama Bahasa Terengganunya, T-Ting. Atas kertas peluang kita cukup cerah untuk menanggung kekalahan dan sekaligus menamatkan perjuangan Piala FA kita lebih awal. Simpan tenaga untuk Liga Perdana kot, nk juara!

Persetankan mengenai peluang di atas kertas tersebut, kami di BGB Perlis, setelah terlebih seronok pi Bangkok baru-baru ni, sedang berkira-kira untuk ke Kuala Terengganu bagi 'menyerikan' lagi perlawanan T-Ting vs Perlis pada 25/01/13 (Jumaat). Jadi bagi anak-anak Perlis yang tidak kisah untuk travel jauh dengan sekumpulan budak-budak gila selama 7-9 jam tanpa mengira keputusan sedih dan penyesalan yang bakal menjelma, kami mengalu-alukan kalian dengan tangan terbuka. Nantikan pengumuman rasmi dari kami.

Itu persediaan kami di BGB Perlis, persediaan PFA pula untuk musim yang bakal menjelma tidak lama lagi nanti nampak ada peningkatan berbanding musim lalu. Persediaan pra-musim kali ini tampak lebih bersungguh dan agak 'buat giat'. Setakat ini, pasukan kita telah mengharungi 4 perlawanan persahabatan dan Alhamdulillah keempat-empat perlawanan ini kita tewas dengan jurang jaringan yang agak kecil berbanding dengan kiraan mata sukan Badminton ataupun Bola Keranjang.

Kita tewas perlawanan pra-musim pertama menentang Kelantan di Kota Bharu dengan jaringan 21-15, seterusnya tewas lagi dengan Terengganu di Stamford Bridge dengan jaringan 36-10 serta terbaru dalam pertandingan KL Cup 2012 di Subang Parade; yang status kejohanan ini agak diragui, tewas kepada Kuala Lumpur 1-0 dan Betaria 6-0.

Apa yang menyedihkan bagi kami di BGB Perlis, selain daripada keputusan yang agak kurang memberangsangkan ialah bagaimana PFA, sebuah persatuan bola sepak semi-bangang, telah mengatur perlawanan menentang Perak di Kangaq pada 17/12/12 sedangkan kejohanan KL Cup masih lagi berbaki satu perlawanan iaitu menentang pasukan ACAB pada . Apakah pasukan kita ini Boboiboy-kah tidak kenal erti penat lelah?Ataupun pasukan kita ini memiliki makmal sains sukan yang lebih hebat daripada Milan Lab?Ataupun lagi, pasukan kita mempunyai sebuah jet rasmi yang akan menerbangkan pemain-pemain kita bila-bila masa dimana-mana sahaja dalam Malaysia ini?Ataupun PFA kita yang agak kalut serta tidak organize dalam mengatur perlawanan persahabatan pasukan.

Apapun, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan ke atas usaha PFA dalam mengatur semua perlawanan persahabatan yang telah dan bakal kita lalui nanti. Usaha ini sedikit sebanyak menunjukan kepada 'pembenci-pembenci' PFA yang se-semi bangang PFA sekalipun, tetapi masih berjaya dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan. Diharapkan lagi, usaha ini akan terus menerus berterusan sehinggalah bola sepak Perlis ini dapat dikembalikan kepada tempat yang sepatutnya.

Kami di BGB Perlis juga tidak akan putus-putus untuk mendoakan kejayaan pasukan kita dan tidak akan sekali-kali berhenti menyokong pasukan kita. Forza Perlis Singa Utara!

From Kangaq With Love; The Gallery II

Bos Besar memberikan pose istimewa kepada peminat-peminat beliau!

Tuuuu diaaaaaaaaaaa!

Tangisan kegembiraan

Sapa buat ngaku cepat!

"Hampa ni mai nk tengok bola ka nk cari pasangan?" ujar Bos kepada Abg Co dan Abg Messi
BGB On Tour!

Untuk MALAYSIA dari PERLIS!

Saturday, December 15, 2012

From Kangaq With Love; The Gallery I


AMARAN; Merokok membahayakan kandungan


A R E S S H A; Nama manja BGB Perlis
Hooooooooooolllsss; Ala-ala mulut predator
Foto kenang-kenangan di Teres 1Q bersama drummer legend Ultras Malaya; Black Komando!


"terima kasih BGB sebab buat trip ke Bukit Jalil semalam..
best sgt2..." Ujar seorang peserta rombongan yang namanya enggan disiarkan

Friday, December 14, 2012

PFA Sudah Maju!



Persatuan Bola Sepak Perlis kini maju selangkah lagi. Kalau Kelantan gah dengan fenomena The Red Warriors melalui pengeluaran merchandise, majalah serta laman web mereka yang cukup up to date, Perlis FA yang kini merupakan 'feeder' club Kelantan FA juga tidak jauh ketinggalan. Sila klik pada gambar untuk direct link ke Website Rasmi Persatuan Bola Sepak Perlis.

Kami di BGB Perlis melihat usaha mewujudkan laman web ini sebagai sebuah usaha yang cukup baik. Ianya juga kami anggap sebagai tanda-tanda awal perubahan positif dalam pengurusan 'baru' PFA. Diharapkan dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat menjadi pemangkin kepada perubahan PFA kepada sebuah persatuan bola sepak yang lebih professional.

P/S: Harap sangat-sangat laman sesawang ini akan selalu diupdate dan jangan pulak lepas sebulan nanti penuh bersawang.

Who The Fuck Is Lee Min Hu?


Petikan daripada Wikipedia, "Lee Min-Hu (born 14 September 1979,) is a North Korean football referee who has been a full international referee for FIFA.

He also refereed at the regional league such as 2014 FIFA World Cup qualifiers and international competition such as 2007 FIFA U-17 World Cup.He died on 13 December 2012 in an assault at Bangkok, Thailand after his unreasonable act on the match on that date. Police believed that himself and Thailand Football Association have involved in a corupcy case led to his death.
"

Kami di BGB Perlis berharap sangat-sangat perkara diatas betul-betul terjadi kepada pengadil bangsat kelahiran Korea Utara ini atas apa yang telah beliau lakukan terhadap perjalanan Harimau Malaya dalam mempertahankan mahkota kejuaraan rantau Asia Tenggara. Apa yang terjadi sejak pukul 8 malam waktu Malaysia pada tarikh 13/12/12 (1312 ACAB) selama 90 minit tidak akan sekali-kali dilupakan dengan sewenangnya oleh jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan Thailand menentang Malaysia di Bangkok.

Apa yang terjadi ketika itu cukup-cukup di luar jangkaan. Hinggakan pada satu ketika, bila mana lensa kamera merakamkan imej bangku simpanan Malaysia, kita dapat lihat riak wajah King Gopal pucat lesi, putih melepak tergamam menyaksikan sesuatu yang tidak pernah beliau bayangkan langsung terjadi kepada pasukan bimbingan beliau.

Terjadinya perkara ini menimbulkan satu tanda tanya kepada kami di BGB Perlis mengenai apa benarkah Lee Min Hu ini telah 'dilantik' khas untuk memenangkan Thailand dalam perlawanan sebentar tadi. Hasil risikan amatur ala-ala James Bond dalam filem Skyfall yang telah kami lakukan mendapat satu 'bahan' yang menguatkan lagi dakwaan tersebut.


Merujuk kepada statistik di atas, dapat diperhatikan yang pengadil bangsat ini memang jenis pengadil yang gilakan kad. Daripada 34 games yang beliau adili, sebanyak 137 kad kuning dan 6 kad merah yang telah dilayangkan pengadil bangsat ini. Senang cakap, purata dia ni bagi kad ialah 4 kad untuk 1 games. Kegilaan apakah ini?Takkanlah AFC ketandusan sangat pengadil-pengadil yang berwibawa untuk mengadili sebuah perlawanan Separuh Akhir kejohanan serantau. Atau adakah ini sememangnya sudah dirancang? 


Satu lagi 'bahan' yang menguatkan lagi syakwasangka kami terhadap puak-puak Siam Bookie ini ialah bila mana kami jumpa satu insiden yang orang putih kata FISHY. Pada 23 Julai 2011, Lee Min Hu telah mengadili satu perlawanan melibatkan Thailand bertemu Palestin dan pada perlawanan tersebut, sebanyak 6 kad kuning telah dilayangkan; 1 kepada pemain Thailand dan 5 kepada Palestin, yang mana keputusan akhir perlawanan tersebut tak perlu nak tanya lagi memang memihak kepada Thailand dengan keputusan 1-0.

Apa yang fishy-nya game tersebut bila mana Korea Bangsat ini telah menghadiahkan satu penalti kepada Thailand yang mana menurut laporan akhbar, adalah jelas sekali suatu dive. Namun atas kuasa Allah swt, penalti tersebut tidak berjaya dijaringkan. Mungkin sebab lawan mereka waktu itu ialah Palestin; negara yang sering ditindas, jadi doa mereka sedikit sebanyak dimakbulkan Allah swt.

Berbeza pula dengan Malaysia yang mana rakyatnya lebih tergedik-gedik untuk sokong dan 'simpati' dengan orang lain sampai bila mana kita 'dipijak', 'ditekan', 'dibuli' kita masih angguk dan terima. Tidak tahu untuk bertindak 'menakutkan' lawan. 'Terlampau' baik melayan 'lawan'. Tidak ubah seperti apa yang digambarkan sasterawan negara kelahiran Tanjung Sedeli, Usman Awang, jiwa hamba. Selagi hidup berjiwa hamba, pasti tetap terjajah abadi. Kita tunggu dan lihat tengok apa reaksi Sultan Bola, Kaum Kerabat FAM, Media, Penyokong-penyokong bola sepak Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia. Pastikan Korea Bangsat ini mendapat balasan yang setimpal! 

We could sense it from the early minute you fucking dog eating slanted eyes ugly face Northern Korean commies!


Wednesday, December 12, 2012

KL Cup 2012; Pre - Season Tournament

Jadual Perlawanan Pra Musim 4 Penjuru KL Cup 

(14-20 Dec 2012)

Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya

----------------------
 

14.12.2012

4.45pm - Terrenganu vs Betaria
8.45pm - KL vs PERLIS

 

16.12.2012

4.45pm - PERLIS vs Betaria
8.45pm - KL vs Terengganu

18.12.2012

4.45pm - Terengganu vs PERLIS
8.45pm - KL vs Betaria

20.12.2012

4.45pm - Penentuan ke-3 dan ke-4
8.45pm - Akhir

----------------------
Jom sokong SINGA UTARA!


From Kangaq With Love



Kami di BGB Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong Malaysia serta khasnya rakyat Perlis yang telah sudi untuk menyertai trip kami ini. Jikalau ada sebarang kekurangan, keburukan atau kelemahan sepanjang perjalanan pergi dan pulang, harapnya dimaafkanlah. Kita hanya mampu merancang namun Allah swt juga merancang dan dialah perancang yang terbaik.

Kalau ada rezeki Malaysia melangkah ke perlawanan akhir, Insyallah kita akan merancang untuk satu lagi trip ke Bukit Jalil dan jikalau diizinkan Allah swt, mungkin juga away trip bertandang ke tempat lawan. Apapun, diharapkan trip ini mampu menjadi satu titik tolak kepada gerakan menyokong yang baru di negeri kita. Kalau tidak kita sendiri yang menyokong pasukan kita, siapa lagi. Terima Kasih rakyat Perlis!



FROM KANGAQ WITH LOVE!

Bangkok Calling!


Selamat Berlepas Ke Bangkok!

Tuesday, December 4, 2012

Kami Punya Jiwa

from Kangaq with Love
usah berteori hadapi realiti
perjuangan takkan terhenti
selagi tak mati


























Hacker bukanlah seorang penjenayah tetapi anda semua yang membuatkan kami menjadi penjenayah. Kami hadir dalam hidup anda untuk memperingatkan bahawa sistem iT anda terlalu lemah, tapi apa yang kami dapat? Tanpa ucapan terima kasih dari anda, malah anda cop muka kami sebagai penjenayah. Anda tidak tahu siapa diri kami. Dimata kami anda hanyalah manusia bodoh, yang tidak ambil peduli tentang keselamatan cyber. Jaringan IT dimata kami ibarat sebuah papan catur, dan anda hanyalah buah catur yang sangat kecil.Anda hormat kami, kami hormati anda. Anda kenal diri anda, kami kenal diri anda, dan anda tidak akan pernah tahu siapa diri kami