Wednesday, December 19, 2012

Perlis 0-3 Perak

Credit to Din Jejawi


Perlis 0-3 Perak. Keputusan perlawanan yang bagi kami tidak mencerminkan keseluruhan permainan. Usaha yang baik ditunjukkan oleh pasukan kita tetapi masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki. Barisan pertahanan nampak mantap secara keseluruhanya cuma ada sikit mistake besaq yang membolehkan Perak menjaringkan 2 gol mudah; berpunca dari pemain pertahanan yang sama. Barisan tengah pun tidak mengecewakan. Cumanya barisan depan sajalah yang agak sedikit mengecewakan. Cerita banyak pun tak guna, kita layan gambaq sajalah. Jangan lupa perlawanan persahabatan kita seterusnya bertemu Pulau Pinang pada 22/12/12. Mari sama-sama penuhkan stadium kita kembali!
Game on!

Sebelum sepak mula
Senarai nama penuh pasukan kita yang cukup misteri
Segerombolan Penyangak Stadium
Lepas game lepak Shah makan Chicken Chop. Apa nak kata!


No comments:

Post a Comment