Sunday, December 16, 2012

Piala FA 2013

Laluan penuh berliku Piala FA 2013.
Sawadeekap dan tutup buku AFF Suzuki Cup. Hebahan umum kali ini ingin memperkatakan mengenai Piala FA 2013; laluan pasukan kita, perancangan BGB serta persiapan yang sedang dilakukan barisan pengurusan semi-bangang Persatuan Bola Sepak Perlis PFA sekarang ni.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pasukan kita diundi bertemu pasukan yang diramalkan akan bertambah mantap musim depan, The Titans, atau nama Bahasa Terengganunya, T-Ting. Atas kertas peluang kita cukup cerah untuk menanggung kekalahan dan sekaligus menamatkan perjuangan Piala FA kita lebih awal. Simpan tenaga untuk Liga Perdana kot, nk juara!

Persetankan mengenai peluang di atas kertas tersebut, kami di BGB Perlis, setelah terlebih seronok pi Bangkok baru-baru ni, sedang berkira-kira untuk ke Kuala Terengganu bagi 'menyerikan' lagi perlawanan T-Ting vs Perlis pada 25/01/13 (Jumaat). Jadi bagi anak-anak Perlis yang tidak kisah untuk travel jauh dengan sekumpulan budak-budak gila selama 7-9 jam tanpa mengira keputusan sedih dan penyesalan yang bakal menjelma, kami mengalu-alukan kalian dengan tangan terbuka. Nantikan pengumuman rasmi dari kami.

Itu persediaan kami di BGB Perlis, persediaan PFA pula untuk musim yang bakal menjelma tidak lama lagi nanti nampak ada peningkatan berbanding musim lalu. Persediaan pra-musim kali ini tampak lebih bersungguh dan agak 'buat giat'. Setakat ini, pasukan kita telah mengharungi 4 perlawanan persahabatan dan Alhamdulillah keempat-empat perlawanan ini kita tewas dengan jurang jaringan yang agak kecil berbanding dengan kiraan mata sukan Badminton ataupun Bola Keranjang.

Kita tewas perlawanan pra-musim pertama menentang Kelantan di Kota Bharu dengan jaringan 21-15, seterusnya tewas lagi dengan Terengganu di Stamford Bridge dengan jaringan 36-10 serta terbaru dalam pertandingan KL Cup 2012 di Subang Parade; yang status kejohanan ini agak diragui, tewas kepada Kuala Lumpur 1-0 dan Betaria 6-0.

Apa yang menyedihkan bagi kami di BGB Perlis, selain daripada keputusan yang agak kurang memberangsangkan ialah bagaimana PFA, sebuah persatuan bola sepak semi-bangang, telah mengatur perlawanan menentang Perak di Kangaq pada 17/12/12 sedangkan kejohanan KL Cup masih lagi berbaki satu perlawanan iaitu menentang pasukan ACAB pada . Apakah pasukan kita ini Boboiboy-kah tidak kenal erti penat lelah?Ataupun pasukan kita ini memiliki makmal sains sukan yang lebih hebat daripada Milan Lab?Ataupun lagi, pasukan kita mempunyai sebuah jet rasmi yang akan menerbangkan pemain-pemain kita bila-bila masa dimana-mana sahaja dalam Malaysia ini?Ataupun PFA kita yang agak kalut serta tidak organize dalam mengatur perlawanan persahabatan pasukan.

Apapun, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan ke atas usaha PFA dalam mengatur semua perlawanan persahabatan yang telah dan bakal kita lalui nanti. Usaha ini sedikit sebanyak menunjukan kepada 'pembenci-pembenci' PFA yang se-semi bangang PFA sekalipun, tetapi masih berjaya dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan. Diharapkan lagi, usaha ini akan terus menerus berterusan sehinggalah bola sepak Perlis ini dapat dikembalikan kepada tempat yang sepatutnya.

Kami di BGB Perlis juga tidak akan putus-putus untuk mendoakan kejayaan pasukan kita dan tidak akan sekali-kali berhenti menyokong pasukan kita. Forza Perlis Singa Utara!

3 comments: