Wednesday, February 10, 2016

Sepak Mula 2016.


ANTARA LONG TERM PLANNING DAN SHORT TERM PLANNING

ANTARA LONG TERM PLANNING DAN SHORT TERM PLANNING

1.Situasi bola sepak Perlis pada masa ini berada di suatu situasi yang sudah lama tidak kita kecapi.
2. Rakyat Perlis rata-rata kini semuanya penyokong tegar Singa Utara tak ubah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
3. Kongsi saja info-info terkini mengenai pasukan Singa Utara maka berjela-jelalah komen-komen gembira bercampur keterujaan yang sangat-sangat terpancar dari komen-komen tersebut.
4. Namun dalam keterujaan kita merencanakan setiap langkah bagi menyusuri Liga Perdana 2016, ada suatu sisi lagi bola sepak Perlis yang secara tidak langsung dipandang sepi tanpa berita, tanpa hala tuju serta tanpa harapan.
5. Sedih untuk dikongsi bila mana terdapat khabar-khabar angin yang sangat-sangat boleh dipercayai berkongsi sesuatu yang cukup-cukup tidak mahu kita dengari.
6. Dalam keseronokkan kita menanti sepak mula Liga Perdana 2016 yang mana akan membawa imej baru Singa Utara setelah diberi makeover yang cukup jelas matlamat dan hala tujunya, pasukan-pasukan lain dibawah seliaan PFA seperti pasukan Piala Presiden dan Piala Belia semakin hilang arah dan halatuju.
7. Terbaru, sumber yang cukup rapat dengan admin telah berkongsi masalah yang sedang dihadapi oleh kedua-dua pasukan ini.
8. Khabarnya, PFA mungkin tidak menghantar pasukan bertanding dalam Piala Belia sedang pasukan Piala Presiden sedang terkontang kanting tanpa arah.
9. Lebih memburukkan lagi keadaan bila mana pasukan-pasukan lain kini dikhabarkan sedang 'memburu' tanda tangan bakat-bakat muda kita yang seperti kita sedia maklum sangat-sangat berpontensi.
10. Untuk pengetahuan, liga bakal bermula tidak lama lagi sedangkan rata-rata pemain masih belum menandatangani sebarang kontrak.
11. Apa yang berlaku ternyata agak mengecewakan kerana dalam kesibukkan PFA mempersiapkan pasukan Liga Perdana 2016, PFA seolah-olah terbawa-bawa dengan pasukan yang hampir pasti disiapkan untuk suatu SHORT TERM PROJECT.
12. Walhal pembangunan akar umbi serta pemain-pemain mudalah yang sepatutnya diberi tumpuan serta dijadikan LONG TERM PROJECT.
13. Lihat saja pasukan-pasukan besar seperti JDT serta yang terbaru TRW yang mempunyai purchasing power yang sangat-sangat besar.
14. Kita dengan kantung yang agak kering hampir pasti akan gagal dalam melawan kekuatan kuasa membeli pasukan-pasukan tersebut.
15. Justeru itu, kita sepatutnya menumpukan sepenuh usaha dan tenaga kita untuk membangunkan produk-produk kita sendiri dan pada masa yang sama menguatkan barisan utama kita untuk jangka masa 1-2 tahun.
16. Seterusnya kita boleh menggunakan sepenuhnya produk-produk kita tanpa perlu membeli ataupun mengadakan sesi trial yang sangat mengecewakan dan tidak pro seperti yang diamalkan zaman-zaman 70an - 80an dulu.
17. Adalah sangat-sangat merugikan sekiranya bakat-bakat muda kita 'diambil' begitu sahaja dari pasukan seperti yang telah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.
18. Diharapkan PFA dapat berbuat sesuatu dalam menangani masalah yang sedang melanda.
19. Ingatlah bahawa tugas menyediakan pasukan Liga Perdana hanyalah sebahagian sahaja dari bidang kerja PFA sebagai badan yang mentadbir bola sepak Perlis.
20. Ingatlah juga bahawa pembangunan akar umbi, pembangunan jurulatih, pembangunan pengadil,liga kampung, liga remaja, liga bola sepak negeri, pasukan Piala Presiden, pasukan Piala Belia, pasukan Piala Emas Raja-Raja serta apa sahaja pasukan dan bidang yang berkaitan dengan bola sepak Perlis perlulah diselia dan diurus dengan adil dan sama rata tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari segi wang ringgit serta publisiti.

Published at the KPPSU on 10 January at 20:35